Diari Tani-Penggiliran Tanaman

Ku baru tahu :

Penggiliran tanaman sebenarnya amat penting kerana tanah memperlukan masa untuk pulih secara semulajadi selepas musim penuaian.

Kehilangan sesetengah nutrien dalam tanah hanya dapat diganti dengan penaburan baja kimia,@ organik dan pereputan biomass yang ada.

Kehadiran sesetengah bakteria baik yang diperlukan dalam pemulihan tanah.

Sebagai contoh , tanaman jagung memerlukan kadar nutrien yang tinggi . Selepas tanaman jagung dituai, jagung yang ditanam di musim kedua akan mengalami kadar pertumbuhan yang lambat dan mengeluarkan hasil yang rendah.

Sebaliknya, tanaman kekacang menggunakan kadar nutrien yang paling rendah dan berfungsi pemulihan kepada tanah.

Tanaman kekacang akan memberikan nitrogen ke tanah. Nitrogen merupakan sumber utama nutrien dalam tanah. Kehadiran nitrogen yang tinggi dalam tanah akan memberikan pertumbuhan bagi tanaman kelak.

Disini dinyatakan Jenis tanaman yang mempunyai pengambilan nutrien ( dari rendah kepada tinggi )

1. Tanaman Kekacang( Leguminous crop)
2. Tanaman Akar (Root crop)
3. Tanaman   Daun ( Leaf crop)
4. Tanaman  Berbuah (Fruit crop)
5. Tanman Bijirin ( Cereal Crop)

Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul