Diari Tani-Keasidan Tanah

Ku nak tahu:

http://cgz.e2bn.net/e2bn/leas/c99/schools/cgz/accounts/staff/rchambers/GeoBytes/GCSE/Case%20Studies/Acid_Rain.jpg 

Puncanya :
1. Cuaca- iklim tropika- tanah berilkim tropika bersifat asid kerana larut resapan air hujan sepanjang tahun.

2. Kandungan bahan induk- Jika kawasan mengandungi batu granit mengandungi aluminium. Maka aluminium akan bertindak secara hidrolisis keluarkan ion hidrogen. PH tanah akan menurun

3. Larutresapan- Akibat hujan turun sepanjang tahun, tanah akan kehilangan ion Ca, Mg dan K melalui resapan dalam tanah.

4. Penggunaan baja kimia- Petani lebih suka menggunakan baja kimia.
    Seperti baja kimia , Amonium sulfat yang akan menghasilkan ion NH+. Maka pH tanah akan menurun.

5. Penambahan asid karbonik dan asid nitrik - kehadiran gas CO2 dan NO2 di atmosfera akibat pencemaran udara akan larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah.

Asid lemah tersebut adalah asid karbonik dan asid nitrik.

6. Pereputan bahan organik- perepuatan bahan organik akan menghasilkan asid organik yang kan melemahkan pH tanah.

Sekian, terima kasih   

Diari Tani- Kebaikan Daging Kambing

KU baru tahu:
 
Sebenarnya, daging kambing mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang terendah di kalangan ternakan ruminan iaitu biri-biri, lembu dan kerbau.

Daging kambing telah terbukti secara saintifik mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah berbanding daging biri-biri. Orang ramai masih terkeliru membeza kebaikan  daging kambing tempatan dengan daging biri-biri( terutama yang diimport)

Kajian saintifik telah membuktikan kandungan kolesterol dan lemak pada daging kambing adalah lebih rendah dari daging biri-biri, lebih-lebih lagi apabila sembelih pada umur kurang dari setahun. 

Perhatian , kandungan lemak pada daging kambing adalah antara dua dan tiga peratus sahaja berbanding daging biri-biri pula mengandungi lemak antara 12 ke 13 peratus. 

Jika ke pasaraya atau kedai daging,kita lihat  tiadanya lemak pada keratan daging kambing berbanding  pada keratan daging biri-biri lapisan-lapisan lemak yang tebal amat ketara. 

Bulu kambing jantan dewasa biasanya berbau hamis tapi  kambing jantan muda tidak berbau hamis. 

Daging kambing dewasa tidak akan berbau hamis jika penyembelihan dilakukan berpandu kepada kaedah yang betul atau mengikut petua atau amalan tradisional.

Sekarang wujud teknologi terkini mampu menyahkan tisu yang menghasilkan bau hamis pada kambing jantan melalui prosidur yang dinamakan de-odorising yang dilakukan pada peringkat anak. 

Sekian, terima kasih

Sila Cliks di sini :

Kebaikan Daging Kambing

Diari Tani-Asas Pengenalan Warna Tanah

Ku nak tahu:

Tips warna Tanah:

1.  Tanah berwarna gelap( hitam, keperangan)  menunjukkan tanah lebih subur.

2. Tanah sederhana gelap( perang kekuningan ) menunjukkan sederhana subur.

3. Tanah pudar(kekuningan) menunjukkan tanah paling tidak subur.



Ciri Tanah berdasarkan warna yang dilihat:

 
Tanah merah- kandungan oksida ferum, saliran san pengudaraan yang baik, terdapat di lereng-lereng bukit dan sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

Tanah perang-kandungan oksida ferum dengan bahan organik , saliran yang baik, dan subur.
 
Tanah kelabu- Oksida ferum dan oksigen yang kurang, saliran air yang kurang baik dan menakung air, kurang beroksida, pengudaraan yang kurang baik dan sesuai tanaman padi.



 
Tanah kehitam-hitaman- kandungan mangan oksida atau bahan organik yang tinggi, menakung air dan pH yang yang rendah, bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen, tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar.



Tanah putih- banyak kandungan liat dikenali sebagai koalinit


 
Tanah kuning- Oksida ferum berpadu dengan air, saliran yang baik, lebih lembap berbanding dengan tanah merah.


Sekian, terima kasih


Diari Tani-Panduan Tanaman Keledek Vitato

KU nak tahu:

   

Vitato atau VitAto bermakna Vitamin A dan to untuk sweetpotato
 
Isi Vitato berwarna oren kerana ia mengandungi beta-karotena yang apabila dimakan akan menjadi vitamin A dalam badan.

Varieti keledek Vitato yang mampu mengeluarkan hasil sehingga 40 tan sehektar itu berpotensi untuk menjadi tanaman komersial.

Ubi keledek dikenal pasti sebagai sangat sesuai diusahakan di kawasan tanah bris.

Vareiti keledek Vitato amat sesuai di kawasan tanah di situ berpasir seperti bris dan bekas lombong.

Untuk lebih lanjut:

Tanaman Keledek Vitato 

Sekian dulu, terima kasih

Diari Tani- Tanah Bris

Ku nak faham::

 

Kesuaian tanaman= tembakau, gajus,tanaman keledek, kenaf, kelapa, tembikai, sayuran, mangga, belimbing, nangka, roselle, dan limau.

Penggunaan baja

Baja yang diperlukan untuk tanah bris lebih tinggi dari pada tanah biasa. Baja diberikan secara sedikit-sedikit tetapi kerap.

Kehilangan baja melalui larut resap sering terjadi selepas hujan.

Baja organik amat diperlukan untuk membaiki struktur tanah supaya dapat meninggikan daya pegangan air, mengalakkan aktiviti mikroorganisma dan mengurangkan rongga air.

Sungkupan organik diperlukan kerana:

1.mengelakkan kehilangan air dan nitrogen
2.menyejukkan permukaan tanah
3.mengurangkan pertumbuhan rumpai
4.menjadi baja bila reput
5.meningkatkan bahan organik dalam tanh
6.memperbaiki struktur tanah

Pengairan
Digalakkan sistem sprinkler atau drip

Tanaman kekacang diperlukan untuk mengawal suhu tanah disamping menambah unsur nitrogen ke dalam tanah.

Diari Tani- Cili di kawasan berbukit


Mari Lihat sejenak kejayaan pertanian   





  

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Perkembangan Biji Benih Slow Motion


Ku nak lihat:


    


Sekian, terima kasih

Diari Tani- Panduan Membuat Baja Kompos Di Tepi Rumah

Ku baru tahu:
 
 
baja kompos

Baja kompos adalah sejenis baja organik yang boleh memperbaiki struktur tanah.

Tapak membuat baja kompos.

Bangsal/ pondok kompos adalah diperlukan untuk menghasilkan baja kompos berkualiti.
Suasana di bangsal/pondok untuk menghasilkan baja dapat dikawal terutama kelembapan dan suhu yang diperlukan.

Mengelakkan kehilangan nutrien disebabkan larut resap air hujan.

Bangsal/pondok juga mempunyai sumber air, sistem pengaliran saliran yang baik dan berhampiran pokok sebagai teduhan.

Bahan-bahan untuk kompos

1. Sisa bahan berkarbon 
Jerami padi, habuk kayu, daun tebu, batang kekacang, batang keledek, daun kering, batang jagung, jagung dicincang, empulur jagung, rumput kering, hancuran kertas dan lain-lain.

2.Sisa bahan bernitrogen
Najis haiwan, hampa padi, rumpai segar, sisa sayuran, sampah sarap dan lain-lain

Proses baja kompos

Penghasilan baja kompos mengambil masa tiga bulan proses membuatnya.

Darjah/ kadar pereputan di dalam satu-satu longgokkan kompos adalah berbeza.

Proses mengaul perlu diulang dua ke tiga kali sepanjang proses membuat kompos.

Siraman air tambahan diperlukan untuk mengelakkan bahan kompos terlalu kering.

Cara penggunaan baja kompos

Untuk tanaman jangka pendek atau sayuran, baja kompos perlu di tabur sebelum dibajak.

 Untuk tanaman jangka panjang/ kekal , baja kompos perlu di tabur di sekitar batang pokok.

Peringatan

Baja kompos tidak menyediakan kesemua keperluan oleh tanaman, penggunaan baja kimia juga diperlukan dalam kuantiti tertentu.

Sekian, terima kasih

  


Diari Tani- Penggunaan Arang Sekam Padi

Ku ingin tahu:

 

Kesesuaian penggunaan arang sekam padi

- di kawasan tanah yang berpasir, berasid dan kurang subur.
- amat sesuai untuk tamanan kacang soya, kacang panjang dan jagung.
- disamping digunakan untuk tanaman sayuran


Cara penggunaan arang sekam padi

Sekam arang padi mudah didapati di kilang padi dimana arang sekam padi adalah buangan kilang ketika kilang menjalankan mengeringkan beras baru.

Kadar penggunaan arang sekam padi adalah 10-20 metrik tan  per hektar

Digalakkan di tabur mengikut barisan berbanding di tabur terus.

Arang sekam padi hendaklah di gaulkan dengan tanah bahagian atas untuk mendapat hasil yang lebih baik.

Keberkesanan penggunaannya: 

1. Menaikkan PH tanah yang berasid kepada lbh neutral  dan menambah nutrien fosforus tersedia.

2.Pengudaraan di zon akar tanaman bertambah baik.

3.Keupayaan tanah untuk memegang air adalah lebih baik

4.Penambahan pada paras pertukaran ion kalium dan magnesium

Sekian, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul