Diari Tani- Bunga Mayat


Bunga Mayat
Bunganya sangat besar dan tinggi, berbentuk seperti lingga (sebenarnya adalah tongkol atau spadix) yang dikelilingi oleh seludang bunga yang juga berukuran besar


Ia jarang berbunga dan sukar untuk ditanam kerana mengambil masa enam tahun untuk berkembang.

Apabila Titan Arum berbunga, ia mempunyai suhu yang sama seperti tubuh manusia, yang membantu menyebarkan bau hancing

Bunga yang dikenali sebagai 'bunga mayat' yang sukar berkembang itu dan  hanya mempunyai jangka hayat selama 72 jam sahaja ketika ia berkembang

Sekian, terima kasih


Diari Tani- Rumpai Laut

KU baru tahu:
Rumapi Laut


Rumpai laut adalah mana-mana sahaja tumbuhan alga bentos lautan.

Rumpai laut bersifat makroskop, multisel dan makrotalik, dibandingkan dengan kebanyakan alga lain.

Rumpai laut sering dijumpai di biom tepi pantai.

Ekologi rumpai laut didominasikan oleh dua keperluan persekitaran yang tertentu.
Ini adalah kemunculan air laut (atau sekurang-kurangnya air keruh) dan keperluan cahaya yang mencukupi untuk tujuan fotosintesis.

Rumpai laut sangat umum di zon litoral dan dalam zon itu lebih sering di pantai berbatu daripada di pasir atau shingle. Niche ekologikal digunakan oleh rumpai laut mempunyai keluasan yang luas dan lebar.

Dalam beberapa bahagian didunia, kawasan yang dikoloni oleh rupai laut litoral boleh merebak hingga beberapa batu nautika jauhnya dari tepian pantai. Faktor keterhadan dalam beberapa kes adalah berkenaan tentang kewujudan cahaya matahari yang sesuai untuk membantu proses fotosintesis rumpai.

Rumpai laut digunakan secara extensif sebagai makanan oleh orang-orang laut, terutamanya di Asia Timur, contohny China, Jepun, Korea, Taiwan, dan Vietnam, tetapi juga di Indonesia, Peru, Canadian Maritimes, Scandinavia, Ireland, Wales, Philippines, dan Scotland, di kalangan tempat lain

Porphyra adalah suatu alga merah yang digunakan di Wales untuk membuat laverbread. Di Asia, nori adalah makanan terdiri dari helaian Porphyra kering dan digunakan dalam sup atau untuk membalut sushi. Chondrus crispus (lebih umumnya digelar sebagai Irish moss atau carrageenan moss) adalah alga merah satu lagi digunakan dalam menghasil beberapa bahan tambahan makanan, bersamaan dengan Kappaphycus dan pelbagai rumpai laut gigartinoid. Laverbread diperbuat dari oat dan laver rumpai laut adalah suatu makanan masyhur di Wales.

Rumpai laut juga dituai atau cultivated untuk extaction alginate, agar dan carrageenan, kesan gelatinous dikumpulkan dikenali sebagai hydrocolloid or phycocolloid.

Hydrocolloid telah mendapatkan kepentingan perdagangan, terutamanya dalam pengeluaran makanan sebagai food additives.

Perindustrian makanan mengeksploitasikan penjelan, retensi air, emulsifying dan properti-properti fisikal lain pada hydrocolloid ini. Agar digunakan dalam makanan sebagai konfeksyeneri, daging dan produk makanan, pencuci mulut dan minuman dan makanan moulded.

Carrageenan digunakan dalam penyediaan penyampaian ulam dan sos, makanan dietetik, dan sebagai preservative pada produk daging dan ikan, benda dairy dan barang bakar.

Alginates menikmati banyak pada kegunaan sama dengan carrageenan, tetapi juga digunakan pada pengeluaran produk industri seperti coating kertas, pelekat, inai, jel dan eksplosif dan dalam pemerosesan seperti kesaizan kertas, pencetakan tekstil, hydro-mulching dan drilling.

Sekian , terima kasih

Artikel Menarik

Diari Tani- Panduan Tanaman Sayur Kucai Di Tepi Rumah

Ku nak tahu
KUCAI

Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran


Kucai ( Allium schoenoprasum ) adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili.  

Kucai sememangnya terkenal sebagai penyedap masakan terutama dalam masakan mee goreng, cucur udang dan sebagainya.
 
Khasiat Kucai mengandungi vitamin B dan C, dan karotin . Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
 
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah

Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.


Cara penanaman 


Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Tanah yang terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. 

Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. 

Kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang kucai boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.

Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Bahagian kucai dipotong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. 

Pokok kucai  akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. 

Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Bagi menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.


sekian dulu, terima kasih

Artikel menarik 

Diari Tani- Pokok Jarak

Ku baru tahu

Pokok Jarak

Pokok Jarak atau Jarak Besar [1]ialah salah satu spesies Euphorbiaceae serta ahli yang tunggal dalam genus Ricinus dan subtribus Ricininae. Biji-bijinya ialah kacang kastor yang walau namanya, bukan kacang yang sebenar. Nama saintifiknya Ricinus communis.

Kacang kastor merupakan sumber minyak jarak yang mempunyai banyak kegunaan. Biji-bijinya mengandungi antara 40 - 60% minyak yang kaya dengan trigliserida, khususnya risinolein, serta juga racun risin yang juga terdapat pada kepekatan yang rendah di seluruh bahagian pokok ini.

Walaupun sifat keracunan tinggi kacang kastor disedari secara meluas, laporan-laporan tentang ketoksikan manusia dalam kepustakaan perubatan Inggeris adalah tidak banyak. 

Dos-dos yang boleh membawa maut dilaporkan sebagai tiga biji kacang untuk kanak-kanak dan lapan biji untuk orang dewasa

Penanaman  6,000 pokok Jarak Pagar (Jatropa Curcas) telah berjaya dan kini dalam persiapan untuk menanamnya secara besar-besaran.

Projek perintis penanaman pokok Jarak Pagar, yang turut dikenali sebagai pokok Barbados Nut, Purging Nut dan Black Vonit Nut, telah dimulakan pada 2009.

TANAH PANTAI

Tanah pantai sangat sesuai untuk penanaman pokok Jarak Pagar dan Bintangor laut yang mampu menghasilkan biodiesel yang mesra alam,
 
Buah pokok jarak dapat dijadikan sumber bahan mentah untuk penghasilan biodiesel, 

Projek pokok jarak berskala besar itu kelak boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat yang boleh menyertainya sebagai peserta projek.

Pokok jarak pagar ini mudah ditanam dan tiada ancaman daripada haiwan seperti babi dan ia mudah ditanam oleh sesiapa sahaja.


POTENSI POKOK JARAK
 
Malaysia sangat berpotensi untuk menjadi pengeluar utama biodiesel dunia memandangkan ia adalah pengeluar utama minyak sawit, namun banyak NGO mengkritik idea menjana biofuel daripada sumber makanan seperti tebu dan jagung.

Penjimatan hampir 6,000 liter diesel fosil setahun dan pengurangan kadar pembebasan gas karbon dioksida (CO2) sebanyak empat peratus atau 16,000 tan CO2 setahun,

Penggunaan biodiesel itu ialah sebahagian  untuk memenuhi hasrat kerajaan ke arah pemuliharaan alam sekitar dan menerajui penyelidikan yang menyumbang kepada penyelesaian isu-isu perubahan iklim dan pembangunan industri dengan teknologi hijau.

Sekian, terima kasih

Artikel menarik


Diari Tani - Bakteria Baik Untuk Pertanian (BMO)

KU baru tahu


     


Tidak semua bakteria mendatangkan bahaya. Bakteria sendiri pelbagai jenis dan fungsi

Mungkin bahaya bakteria ini hanya tertentu kepada haiwan , manusia dan tumbuhan

Bakteria baik untuk pertanian sebagai alternatif penyubur tanah secara semula jadi.

Menguraikan bahan organik kepada baja untuk kesihatan pokok.

sekian, terima kasih


Diari Tani - Ternakan Ikan Toman

KU tercabar sebagai kaki pancing:

 

Ikan toman ini dieksport ke luar negara.

Rasa ikan toman seakan daging ayam siap dimasak. Amat sesuai digunakan dalam masakan kampung.

Ini idea hebat kepada pengusaha kolam pancing untuk buat kolam pancing toman.

Bergetar joran bertarung dengan ikan toman.

Sekian, terima kasih

Diari Tani - Ternakan Ayam Daging

KU baru teknologi perternakan ayam yang lebih baik: 

   

   


Satu kaedah yang terkini

Sumber yang ada  digunakan sepenuhnya.

Pengurusan yang baik bermula peringkat anak ayam diternak sehingga pengurusan najis ayam.

Ayam yang dihasilkan amat bermutu.

Sekian, terima kasih


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul