KU baru tahu:
Jika mahu membuat bilah buluh untuk tanaman lada bertahan lama , kita perlu melakaukan langkah-langkah seperti di bawah:
1. Selepas ditebang, jangan sekali-kali buluh yang ditebang dilarang dibiarkan terdedah dengan cahaya matahari. Biarkan ia kering di bawah tempat yang teduh sahaja.
2. Batang buluh tadi dibelah, lebar bilah buluh dianggarkan 2.5 inci - 3.5 inci sahaja.
3. Bilah buluh dikumpulkan dan diikat dalam gulungan besar.
4. Bilah buluh tadi rendamkan dalam sungai atau bekas berisi air .
5. Dalam bekas berisi, diperhatian air akan berbuih dan berbau masam.
6.Dibiarkan lebih seminggu direndam dalam air
7. Bilah buluh diangkat dan dibiarkan kering
Sekarang bilah buluh dah sesuai dijadikan dan tahan cuaca panas dan hujan
Sekian,terima kasih
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN