KU baru tahu:
Kaedah guntingan daun timun tua adalah kaedah baru yang sedang dicuba oleh KU sendiri.
Hasilnya, pokok menunjukkan prestasi yang baik dan terus membesar. Tiada menunjukkan akan kerosakkan.
KU mendapat idea apabila melihat video clips penanaman tomato.
Bahagian daun bawah tomato dibuang. Ini memudahkan untuk proses menyenggalara sistem air.
Baik juga untuk kawalan penyakit dan pembajaan secara manual.
Hasil yang KU dapat dalam proses guntingan daun tua ini,
1. Dapat menghindarkan masalah kulat yang mula menyerang daun yang tua.
2.Memudahkan pengutipan hasil timun.
3.Memudahkan pembajaan pokok secara manual.
4.Dapat memastikan pangkal pokok sentiasa berada keadaan lembab sentiasa terutama musim panas
5. Kawalan serangga .....serangga biasa mudah diracun dan dibunuh.
Guntingan daun timun tua di buat sehingga mencapai paras pinggan sahaja.
Daun yang digunting tagi hendaklah dikutip dan dibuang jauh daripada kawasan tanaman.
Sekian...terima kasih
Selamat mencuba.
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN