Diari Tani- Panduan Penyediaan Kompos Habuk Kayu

Ku boleh cuba:

Cara penyediaan baja kompos habuk kayu:

Bahannya: 50% bahan cebisan/ habuk kayu (bahan utama) dicampur dengan 50% tahi ayam/lembu mengikut isipadu.

Tujuan penggunaan habuk kayu

Dlaam kuantiti yang besar, udara boleh bergerak dengan mudah melalui timbunan.

Tambahan pula, suhu di dalaman timbunan tidak jatuh semasa proses pereputan berlaku walaupun kerja-kerja menterbalik timbunan kompos tidak dijalankan.

Kebaikan:

Amat sesuai bagi  baja kompos yang bercampur dengan najis haiwan yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

Meningkatkan aktiviti mikroorganisma dengan membekal oksigen kepada timbunan kompos.

Timbunan kompos yang aktif mengeluarkan haba dan sejumlah besar kelembapan dibebaskan ke udara. Hasilnya , isipadu baja kompos telah menyusut dalam masa yang singkat.


                                           
 habuk kayu

Proses pereputan aerobik tidak mengeluarkan gas yang berbau busuk manakala pereputan anaerobik mengeluarkan bau busuk. 

Puncanya sumber bau busuk adalah gas ammomia yang terhasil dari pereputan bahan kompos yang mengandungi nitrogen dan pereputan anaerobik.

Penggunaan habuk kayu dalam baja kompos boleh mengurangkan serangan penyakit kepada tanaman dan meningkatkan aktiviti mikroorganisma dalam tanah.

Sungkupan tanaman dari kompos bahan kayu mengurangkan pertumbuhan rumpai di ladang dengan cara menutupi permukaan tanah.

Kompos habuk kayu mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

Kandungan air yang mencukupi untuk menjalankan pereputan.

Elakkan penggunaan habuk kayu mengandungi pengawet bahan kimia dan tidak sesuai dijadikan baja kompos.

Sekian dulu , terima kasih   





PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul