..........Salam sejahtera dan salam perkenalan kepada pembaca yang dihormati..... Bersama-sama KU ingin berkongsi pengalaman suka duka, keinginan diri , minat KU yang mendalam dan sentiasa bersungguh terhadap pertanian .
Di sebalik demi kegagalan demi kegagalan telah KU alami dan rasai akan tetapi ......tiada timbul akan perasaan mengalah di dalam hati ini. Hanya secebis keyakinan yang harus diteruskan dan akan diteruskan demi membuktikan KU masih boleh berjaya dalam pertanian.
Memang diwar-war bidang pertanian boleh menjanjikan satu perniagaan yang amat menguntungkan tapi ia memerlukan pengorbanan dari segi masa dan sumber kewangan yang besar . Sokongan orang tersayang dan keluarga terdekat amat diperlukan untuk menguatkan azam dan bimbangan. Ilmu perlu dicari dan dikongsi bersama-sama rakan seperjuangan.
Bidang pertanian merupakan satu bidang perniagaan berisiko tinggi. Ia bergantung kepada jenis tanaman yang diusahakan. Faktor masa , musim hujan dan kemarau dan lambakan bekalan menyebab harga jatuh sering menghantui. KU telah mengalami perkara ini setelah mengusahakan tanaman timun batang , lada kulai dan lada solok.
Bermula tanaman timun batang yang kebiasaannya ditanam di bulan setelah reda tengkujuh, ketika matahari kerap bersinar. Hujan turun jarang-jarang. Tanaman timun batang akan menyubur dan berbuah lebat.Akan tetapi ramai petani yang menanam timun batang diwaktu yang sama akibat nya...di musim hasil dituai....harga timun batang jatuh dengan mendadak.
KU harus pasrah dengan kejadian mungkin Allah s.w.t ingin menduga KU agar tidak lalai mengingati sentiasa-Nya setiap masa.
Bermula dari modal pinjaman peribadi bank, ilmu pertanian secara pengalaman dan melalui sumber media massa seperti YOUTUBE , KU bermula seperti bayi mula-mula mengesot , merangkak , belajar berdiri sendiri.Tetapi sekarang KU masih tak mampu berdiri dengan megah atau jauh sekali untuk berlari jauh.
Masih jauh lagi untuk KU berjaya seperti orang lain.
Pelbagai masalah harus KU harus tempuhi dan fahami untuk berjaya dalam bidang pertanian. Pelbagai faktor kecil atau besar pernah cuba menewaskan dan menduga KU untuk menguasahakan pertanian ini.
Yang penting, setiap dugaan mesti ada jawapan nya. sentiasa lah KU kembali kepada Allah Yang Maha Esa. Solat dan doa sentiasa dilakukan dengan hati setulus ikhlas. Zikir sentiasa membasahi mulut. Mungkin ada perkara yang KU tertinggal sehingga menyebabkan KU masih terkapai-kapai untuk berjaya.
Wajib kita fahami wahi pembaca sekelian dihormati.......bahawa tumbuhan adalah mahkluk ciptaan Allah swt. Jika kita sentiasa ingat kepada Allah swt, maka Allah swt akan merahmati berkat usaha pertanian kita yang lakukan. Di permudahkan pekerjaan dan diberikan hati yang lapang, dengan izin Allah w.s.t tanaman kita akan hidup subur dan hasil jualan yang diberkati.
KU cuba menceritakan serba sedikit bagaimana minat kepada pertanian yang bermula peringkat usia kecil lagi .Di harap pembaca semua memahami apa usaha dan kemampuan KU yang ada. Setiap orang mempunyai kisah tersendiri untuk berjaya dan gagal.

Ketika berumur kanak-kanak
Ketika itu, keluarga KU menetap di salah sebuah negeri Pantai Timur,dan tidak jauh dari kawasan pantai. KU seperti budak biasa dan hanya tahu bermain-main sepanjang masa. Kekadang KU suka memerhatikan ayah KU menanam sayur di belakang rumah.
Kekadang KU berpeluang menolong ayah menabur biji atau menyiram tanaman yang ada tapi KU tak mengerti kenapa, bagaimana dan hasil yang dapat apabila kita berkebun.

Ayah KU adalah seorang tentera berpangkat rendah. Apabila ayah 'off duty' dan ada masa yang terluang pada waktu petang, ayah akan ke kebun sayur nya. Tanah kebunnya terdiri tanah beris hitam dan amat sesuai untuk tanaman. tapi agak sedikit berpasir.
AyahKU membentuk batas yang sedikit tinggi untuk tanaman nya . Cume sistem pengairan air yang moden tiada dan hanya disiram dengan air paip sambungan getah sahaja dari dalam rumah sahaja.Cara yang mudah sekali air buangan dari bilik mandi dan singki dapur dikumpulkan di dalam satu saliran. Satu penceduk khas khas digunakan untuk menyiram tanaman.
Hasil tanaman yang diperolehi ayah KU lebih kepada kaedah sara diri dan boleh jimat wang dapur. Ku mempunyai ahli keluarga yang besar , 6 beradik kesemuanya. Keperluan sayuran yang perlu cukupi untuk hidangan setiap hari diperlukan bagi kami sekelurga.
Pada sesuatu ketiks KU sendiri tengok ayah bina para dan kayu pancang untuk tanaman pokok kacang buncis , bermula pokok tersebut mula merimbun dengan daun yang melebat dan ,tidak lama hasilnya boleh berkongsi dengan jiran terdekat.
Antara tanaman yang ayah KU usahakan dan tanam seperti pokok lada kampung, pokok asam keling, pandan,pokok pucuk manis, ubi keledek dan ubi kayu.Di samping itu tepi rumah ayah KU telah tanam pokok mangga dan pokok nona.
KU sendiri mula mencuba menanam pokok bunga kemunting. Mungkin penonton mungkin tergelak menbaca nya.
Pokok pertama KU mencuba adalah pokok bunga kemunting.
Bermula KU mencabut satu pokok bunga kemunting putih sehingga tinggal akar tunjangnya sahaja. Pokok bunga tadi dipindahkan di tengah laman. Konon ingin membuat taman bunga.
Bermula KU belajar menyiram pokok ketika mula dialihkan, sehingga pokok kembali pulih,Daun kembali segar , pokok mula berpucuk kembali. KU dulu masih tidak kenal erti baja kimia atau organik.
Haya tahu baja tahi lembu kering. KU guna cangkul ambik tahi lembu kering dan diletak sekeliling pokok bunga kemunting . Alhamdulilllah akhirnya KU berjaya.Satu langkah cemerlang telah tercipta

Bunga kemunting