Bab 2- Semasa sekolah rendah

 Semasa sekolah rendah

Apabila KU mula dihantarkan untuk masuk darjah satu. KU mula meneroka alam persekolahan baru, dan dapat berkawan lebih ramai. KU terlupa sementara minat kepada pertanian. KU mula berjinak dengan hobi memacing ikan.Tetapi ini semua tidak kekal lama.Minat KU kepada pertanian datang kembali.

Pada suatu hari,  KU sedang memakan tembikai bersama -sama adik beradik .Ketika meniknati rasenya, sebiji buah tembikai yang besar dan merah. Timbul rasa hati bagaimama cara nenanam pokok tembikai sehingga mendapatkan buah yang besar, merah dan manis tak terkira.

Terdetik di hati, KU mula bertanya kepada mak' bagaimana nak tanam pokok tembikai. Mak menjawab dengan mudah.

'Ngah cuba ambil ulas tadi dan keringkan ulas tembikai tadi' cakap mak

Dengan serta -merta KU terus mengumpulnya kembali dalam bekas khas dan biarkan biji tadi kering untuk beberapa hari.

Pada suatu  paginya, KU belajarlah menanam biji tembikai tadi dalam satu lubang di belakang rumah. Dengan serba tidak tahu, KU telah diisikan kesemua biji tembikai dalam satu lubang. Lubang tadi di kambus dan ditandakan dengan kayu kecil.

Tak lama kemudian,dua anak pokok tumbuh dan membesar dengan perlahan-lahan. KU memang tidak tau kaedah gemburkan tanah atau baja perlu diletakkan.

Akhirnya, pokok tembikai pun mula berbunga dan mengeluarkan beberapa kuntum bunga. Mana bunga betina dan bunga jantan , masih KU tidak tahu membezakan.

KU  pun tidak tahu kaedah penyiraman yang baik. Harap hujan yang turun. Hanya dua putik yang kekal.Yang lain menjadi buruk sahaja. Kenapa ye?

Buahnya terus membesar dengan perlahan sehingga hanya mampu sebesar buah sunkist.KU berasa hairan , buah asal besar tapi buah KU terlalu kecil?

Akhirnya , mak ambik buahnya apabila dah tua, saiz tetap kecil dan isinya agak keras. Sejak disitu, KU fikir kenapa KU telah gagal menanam pokok tembikai. Mungkin ini kerana di nama kan  kekurangan ilmu.

Ketika di darjah 4 , KU belajar subjek sains berkaitan tumbuhan .Tumbuhan memerlukan sinran matahari dan air untuk membesar .Cikgu menggunakan pokok kacang hijau sebagai contoh.

Kacang hijau direndam dalam tisu dan disimpan dalam kotak yang berlubang. Dalam 2 hari, memang betul yang diajarkan, pucuk kacang hijau menuju ke arah ke matahari.

Terdetik dii hati KU untuk membuat projek kecil tanam kacang hijau. Mula-mula KU membuat sebuah kotak tanaman lebih kurang 2 kaki x 3 kaki.Menggunakan papan buruk.

Lebih kurang tinggi kotaknya lebih kurang 6 inci gak. Tanah-tanih adalah jenis beris hitam. KU ambik benih kacang dari dapur mak.

Mak simpan kacang hijau untuk masak bubur kacang hijau. Terlebih dahulu mintak izin dengan mak dulu. Ambik sikit sangat tak sampai 3 sudu besar.

Mula-mula KU buat lubang menggunakan  lidi buluh dan kemudian memasukkan  2 biji kacang. Bermula benih kavcang hijau mula bercambah. KU dapat perhatikan bermula pokok kacang hijau ini bercambah  sehingga  mengeluarkan hasil. Dapat KU memperolehi hasil kacang hijau yang hampir sama dengan benih asal.

Akan tetapi pokok yang KU usahakan tak sesubur mane seperti kita tengok ladang kacang hijau yang sebenar. Cukuplah  bagi KU ketika usia itu untuk memahami bagaimana nak belajar berkaitan pertanian dengan lebih baik.

KU selalu membantu  mak  belikan sayur kat pasar pagi. Mak KU dah ajar cara-cara membeli sayur seperti kangkung, sawi, kubis dan lain-lain. Kebanyakkan makcik pejual sayur dah terbiasa dengan KU. Entah bagaimana. seorang makcik ini memberitahu dia nak mencari pembekal yang jual pucuk  ulam raja. KU tidak menjawab pertanyaan tadi dan terus balik umah.

Sejak dari situ, KU fikir sejenak dan mencuba cari duit poket sendiri. Bermulalah KU buat projek tanam pokok ulam raja .

Menanam pokok ulam raja tak remeh dan kurang penjagaan . KU menyusun benih pokok ulam seperti KU tanam pokok kacang hijau dulu. KU buat kotak tanaman sebanyak satu sajer.Ketika itu, KU mahu belum mengerti berkaitan pemasaran lagi. KU rajin menyiram pokok sehingga pokok telah membesar dengan tinggi.

Apabila tanaman pokok ulam raja berpucuk dengan merimbun , KU berjumpa semula dengan makcik itu,. Makcik mintak bawakan pucuk ulam raja, KU bawakan  satu plastik sederhana berisi pucuk ulam raja dan menjualnya dapat RM 3.

Pada masa itu, KU dah berkira beruntung kerana  dapat duit hasil pertanian. KU tak tau  berkaitan dengan kos lagi.Apa lagi untung dan rugi.

Bersambung.....Bab 3

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul