Bab 4

Ketika sekolah menengah atas

Telah tiba cuti sekolah yang panjang pada hujung tahun. Kebetulan ayah dan mak tengah membuka dan menebas kawasan  belukar berhampiran rumah arwah nenek. Bermula abah mula menebang pokok , manakala mak menebas anak pokok dan pokok renek yang lain.

KU turut membantu abah dan amak. Ku mengumpul dan  membakar batang dan dahan kayu kering. Batang dan kayu kering  dibakar sehingga timbunan unggun api  yang tinggi. 

Sementara itu,  KU semaikan benih lada kampung dalam kawasan tanah khas yang teduh. Dengan perlahan-lahan anak benih  tumbuh dengan baik.

Yang paling penting terlindung daripada musuh iaitu  siput babi yang amat mengemari anak pokok lada yang baru tumbuh. Kaedah kawalan mengutip siput babi dan tanam dalam lubang atau gunakan racun khas untuk siput.

Akhir nya , tanah tadi telah siap dibersihkan dan sesuai untuk bercucuk tanam . Sementara itu anak pokok lada berdaun enam helai dah sesuai dipindahkan.

Kebetulan hujan agak kerap turun pada waktu petang. KU mula mengalihkan  dan menyusun  anak pokok lada kampung dan di aturkan kan dengan jarak 2 kaki setiap pokok.Yang penting elakkan banyak akar anak pokok terputus agar cepat pemulihan akan berlaku.

KU tanam dengan  jarak tersebut  agar apabila pokok lada membesar tidak akan saling bertindih ranting. Ia juga mudahkan KU mengutip buah lada dengan cepat dan tanpa merosakkkan ranting pokok berbuah lebat..

Permerhatian selalu dilakukan setipa petang, anak pokok lada membesar dengan baik sekali. Baja NPK sentiasa dibubuh setiap 2 minggu.Jumlah anak pokok ditanam lebih kurang 200 pokok.

Setelah 3 bulan berlalu, pokok lada mula mengeluarkan hasil nya.Pemerhatian di pangkal dahan pokok lada berbentuk huruf 'Y' .Putik buah lada nampak jelas.  Pokoknya merimbun dan buahnya amat banyak.

Musim mengutip buah lada telah tiba. Mak dah mula mengutip buah lada yang matang dan berwarna merah.. Macam-macam  bentuk buah lada yang ada. Sekecik-kecik bunga jarum ada. Berwarna buitih susu. Yang berwarna ungu lagi menarik.

Kerja yang paling letih dan leceh ialah  mengutip buah lada yang pelbagi saiz dan bentuk. Dalam seharian, mak dengan tabah sehingga dapat satu baldi besar lebih kurang 10 kg.

Ketika itu dapat lah menampung duit belanja sekolah KU dan duit dapur mak seharian.

KU cukup bangga dan bersyukur kepada Allah swt  dengan pa yang telah diusahakan. Dengan izin Allah swt  yang maha pengasih dan pemurah,  pokok lada terus mengeluarkan hasil sehingga hampir 2 tahun berlalu .  

Dapatlah mak ayah KU menjana sedikit pendapatan sampingan.Tidak lah terlalu bergantung kepada aktiviti meoreh getah. Harga getah tidak lah stabil.Kadang-kadang  murah atau musim hujan telah tiba.

Selepas habis peperiksaan SPM untuk mengisi masa kosong, KU ada mengusahakan kacang panjang rendah  Taiwan. KU tertarik nak mencuba benih ini kerana ia adalah hibrid kacang panjang tapi pokok nya rendah sahaja. pokok ini tidak perlukan di buatkan para.Yang perlu dan penting kita buat batas yang tinggi.

KU buat projek tanaman ini di dataran sungai ketika musim panas. KU bersihkan kawasan sekeliling dan membentuk batas.Tanah dataran sungai amat mudah diusahakan kerana tanah tanih nya agak berpasir. KU tanam benih tersebut dengan jarak 2 kaki.

Hampir sebulan kemudian, pokok kacang ini mula mengeluarkan hasil. KU dapat perhatikan pokok kacang ini , ia jenis kurang baik kerana diantara benih yang hidup kembali  kepada benih asal ( Kacukan kacang hijau dan kacang panjang).Ada yang kekal menjadi kacang panjang dan perlu berpara. ada yang kekal menjadi pokok kacang hijau.

Alhamdullilah , KU tetap dapat hasil yang baik. Dapat juga dijadikan juadah keluarga.Setiap petang KU dapat mengutip hasil dan sedekah kepada jiran. Tanda kita sentiasa bersyukur kepada Allah Swt dengan setiap pemberiannya.

Akhirnya KU mendapat panggilan melanjutkan pelajaran ke menara gading di UITM, Arau, Perlis

Bersambug bab 5

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul