Bab 5

Ketika pra projek

Setelah 4 tahun  KU menyambung pengajian  peringkat diploma di UITM , Arau, Perlis Indra Kayangan. Walaupunbagaimanapun  KU masih lagi minat dunia pertanian . KU ambil pengajian Diploma Kimia Perindustrian. KU ada minat dalam lubuk hati terhadap bidang kimia.  Mungkin nak gabung kan bidang Kimia dan bidang Pertanian saling memerlukan terutama nya baja kimia , racun dan peransang tumbuhan. 

Setiap kali balik cuti semester di kampung, KU akan  menoreh getah di waktu pagi di kebun milik abah untuk menambah duit poket.

Tetap dalam minda KU akan membuat satu projek tanaman sayur kecil-kecilan. Antara projek tersebut adalah menanam kangkung atau bayam.Sekadar cukup menolong mak menjimat belanja dapur.

Setelah tamat pengajian, atas nasihat abah  Ku telah memohon jawatan  kerajaan melalui SPA.Setelah 3 bulan berlalu, alhamdullillah....syukur kepada Allah swt. Allah telah memakbul kan doa kedua ibubapa Ku.

KU telah berjaya diterima sebagai Penolong Pegawai Kawalan dan di tugaskan di Kelantan. 

Bermulalah kehidupan membujang di rantau orang, KU mula menyewa sebuah rumah kampung, dan terdapat  laman kecil yang sesuai untuk bercucuk  tanam.

Pada mulanya laman itu penuh dengan sampah sarap lama. KU membakar sikit demi sikit sehingga laman menjadi bersih dan terang.

Bermula dari situ,  KU mula menanam lada kampung dan serai.Asalkan tanaman yang  mudah dan kurang pengawasan.

KU ada beli barang peralatan input pertanian seperti parang dan skop.Sekadar dapat mengeluarkan peluh di petang hari.

Penumpuan terhadap pertanian agak berkurangan Maklum lah, KU baru belajar tugas kerja di lapangan dan sentiasa  diarahkan  kerja outstation sampai 2 minggu tak balik rumah.

Secara kebetulan ada kawan sama-sama menyewa di rumah sewa KU, Mula -mula kami tiada masa untuk bertegur sapa. Tapi kami mempunyai minat yang sama iaitu pertanian. Bermula kami bersahabat.

Bermula, Dia gunakan parang pendek dan  mula menebas baki semak di laman rumah.

Dengan kudrat tua , dia memunggah sisa batu pada laman rumah , dikumpulkan dan dialihkan,

Menengok kesungguhan nya dari situ KU mula menolong bersama-sama. KU  membelikan macam peralatan input pertanian . Dapatlah menambahkan ilmu pertanian secara tak langsung

Walaupaun projek kecil sahaja,kawan KU menunjukkan cara sebenar menanam sawi dan kailan. Tanah perliu digemburkan sedalam lebih kurang 6 inci dan batas dibentuk untuk memudah menyusaunnya. tapak semaian juga dibuat. Sawi dan kailan tadi disiram menggunakan teknik springler( renjisan).

Disamping itu, kawan juga menunjukkan cara menanam kacang panjang dan  kacang botol, Seperti tanam kailan dan sawi ,tanah digembur terlebih dalulu dan batas dibuat. kawan pula membina para tanaman. Benih kacang ditanam dan menjalar dengan sihat sehingga mengeluarkan hasil yang banyak. Ada dijual dan ada disedekah.

Kawan ada menunjukkan sistem air yang biasa digunakan dalm pertanian. Dari situ KU dapat perhatikan setiap tanaman mempunyai keperluan sistem pengairan tersendiri.

Disamping itu, KU selalu ditugaskan di Kawasan tanah tinggi Lojing dan Cameroon Highlands. Tugas yang diamanahkan oleh Kerajaan tetap KU jalankan. KU perhatiankan infastruktur yang ada di sesebuah tanah pertanian yang lengkap tersusun dan  moden.

KU rasa bidang pertanian sekarang boleh menjamin kejayaan hidup seseorang tapi ilmu di dada mesti penuh dan sokongan keluarga yang kuat.

Setelah lama berkhimat dalam kerajaan, KU dapat kumpul sedikit wang untuk memulakan  projek                 pertama iaitu tanaman tembikai merah.

Projek ini dibantu oleh Kawan baik KU , kami bermula di sekeping tanah terbiar seluas lebih kurang 5 ekar di Serasa, Gua Musang.

Tanah ini adalah tanah tanaman limau langkat yang telah lama ditinggalkan. Mempunyai sumber air yang baik berpunca air terjun kecil. Airnya memang sejuk dan segar.

Sistem air drip ( titisan kecil ) untuk pengairan tanaman ini.

Kaedah tanaman tembikai adalah sama yang diamalkan oleh usahawan tani tembikai yang lain.

Diamalkan 2 jenis benih tembikai iatu merah dan kuning. Tembikai kuning sebagai agen penbungaan .

Hasilnya, projek ini agak berjaya. walaupun projek ini dijalankan agak perlahan dan bermula dengan modal yang sedikit dan input pertanian yang amat sedikit.


ketika projek 2

Bermula tanaman timun batang yang kebiasaannya ditanam di bulan setelah reda tengkujuh, ketika matahari kerap bersinar. Hujan turun jarang-jarang. Tanaman timun batang akan menyubur dan berbuah lebat.Akan tetapi ramai petani yang menanam timun batang diwaktu yang sama akibat nya...di musim hasil dituai....harga timun batang jatuh dengan mendadak.


telah beralih ke kota baru, mengusahakan tanaman bermula lada solok dan lada kulai bermasalah

beralih tanaman timun tetapi masalah harga yang mejunam

beralih sementara kepada tanaman sawi , tetapi kekurangan tenaga kerja.tanaman tidak terurus dengan baik.

beralih kepada tanaman lada kampung, tanaman terung

sekarang

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul