Bab 3

Ketika sekolah menengah rendah

Usaha dan minat KU  berterusan. KU telah  memasuki asrama  di tingkatan 3 kerana kampung KU berjarak kira-kira 35 km dengan sekolah.Jika mahu berulang alik, setiap hari mesti bangun jam 4 pagi..Lebih baik tinggal di asrama demi jaminan pembelajaran tidak terganggu kerana keletihan.

Semenjak belajar cara hidup berasrama dan KU semakin kurang terlibat aktiviti bercucuk tanam. Jadi pada waktu petang, KU akan bermain bola sepak  bersama-sama kawan-kawan seasrama.

Pada suatu hari, KU melihat seorang pengawal keselamatan berbangsa India.Ku hanya panggil namaya Uncle sahaja. Dia adalah seorang OKU (orang kelaianan Upaya).Mungkin cara dia berjalan mungkin ada sedikit kesulitan.

Uncle ini suka menanam sayur seperti terung dan pokok asam di belakang stor lama asrama.

Bermula dari situ, KU bersama-sama seorang sahabat bertanya kepada warden asrama untuk mendapatkan keizinan bercucuk tanam. Warden izinkan dan memberikan Kami diizinkan untuk meminjam peralatan sekolah seperti sabit dan cangkul..Bertambah lagi dua  orang kawan seasrama turut berminat untuk bercuck tanam.Kebetulan ada seorang tukang kebun bernama Makcik Wong pun memberi nasihat kepada Kami untuk bercucuk tanam.




 
Sejak hari itu ,KU jarang  bermain bola sepak. KU bersama 3 rakan karib bermula menebas semak samun, Semak samun dibiarkan ,dikeringkan dan kemudian dibakar dengan api yang marak. Tanah disini jelas subur kerana ia tanah lembut dan ditumbuh semak samun sekian lama. Humus hitam yang  agak menebal di atas permukaan tanah .

Lebih kurang sebulan kemudian , tanah ini telah dibersihkan dan bersedia untuk bercucuk tanam . Telah bersepakat Kami bercadang  untuk bermula tanaman jagung dahulu.

Semuanya pun setuju. Kami mencari beli benih jagung hidrid Taiwan Rm2 ajer. Ini kemampuan yang ada Esok kami mula proses menugal ( membuat lubang dengan batang penyapu) lubang biji jagung guna kayu pacang. kayu pacang ditajam dibahagian hujung nya . Lubang dianggarkan diameter dua cm. Setiap lubang diisikan 2 biji jagung.

Kebetulan, hujan agak kerap turun di sebelah petang dan malam.Lebih kurang hampir seminggu kemudian, pucuk  anak jagung dah kelihatan di permukaan tanah dan membesar dengan baik.

Kami diajar oleh Makcik Wok untuk cara membaja yang betul.  Baja NPK pun dibubuh jarak 1/2 inci dari  pangkal pokok jagung. Jagung dah mula berbunga dan anak jagung dah keluar.

Nasib ada makcik Wok sentiasa membimbing kami. Di antara dia pesan setiap pokok jagung tidak boleh ada lebih satu anak jagung ( ketiak jagung). Jadi yang anak berlebih tu, kami bagi Makcik Wok buat sayur. Serangan penyakit jagung tidak berlaku ketika peringkat pertama tanaman.

Akhirnya hampir tiga bulan kemudian, tongkol jagung dah mula berisi dan membesar dengan baik. Buah jagung kami telah memcapai saiz lebih kurang saiz A agaknya. Kami amat bangga apa yang diusahakan.

Buah jagung telah cukup dan  kami pakat tuai jagung. Kami telah berpakat dengan makcik dewan makan asrama untuk buat bubur jagung. Bubur jagung segar memang manis dimakan. Lalu sedap makan jagung bakar disapu mentega.

Kebetulan pihak asmara mengadakan gotong royong mega di asrama KU.
Warden  telah mengarahkan agar segala semak samun di tepi bangunan asrama kami tebas dan bakar.

Dalam semak , ada beberapa pokok ubi kayu hidup subur.Sambil itu  kami ini cabut pokok ubi kayu tersebut dan kumpul ubi kayu yang diperolehi. Selesai  kerja gotong royong , kami pakat bakar ubi kayu. Kayu dikumpul dan dihidupkan seketika, baru lah ubu kayu di masukkan dan ditimbus sdikit bara api.Akhir nya bau semerbak dapat dihidu.
Memang manis makan ubu kayu segar.

KU minta pada warden asrama sekali lagi,agar  kawasan hujung asrama untuk tanam ubi kayu. Setelah mendapat kebenaran , KU mulakan menanam pokok ubi kayu. Kawasan nya agak bercerun tapi masih sesuai untuk ubi kayu. KU secara sengaja telah menyusun anak benih terlalu rapat.

Pokok ubi kayu  hidup subur dan membesar dengan baik.Dedaun tumbuh seling bertindih dan bersilang sehingga pangkal pokok tiada rumput yang tumbuh kerana tiada matahari. Setelah sekian lama. pokok ubi kayu KU membesar tinggi macam galah.

KU gi lah check pokok ubi kayu ada isi atau tak. KU tengok batang kurus semacam jer. KU mengocang pokok dan mendapati semacam akarnya tidak mencengkam dan longgar . Maka KU cabut lah untuk tengok sendiri. Isi ubi tak sebesar yang disangka. KU tertanya-tanya kenapa  pokok ditanam tidak mengeluarkan yang diharapkan.

Dari situ,KU  ingin mencari persoalan dan jawapan.Rupanya akibat KU telah menanam pokok ubi kayu rapat-rapat menyebabkan pokok terpaksa berebut sumber matahari dan nutrien dalam tanah. Patut lah batang ubi yang dipegang masih kecik walaupun dah lama ditanam.Sejak itu, KU mula belajar daripada pengalaman. Pokok ubi kayu tadi tetapa berguna , daun muda buat nak makan celur pucuk ubi cicah budu lah.

Disambung bab 4 ..................

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul