Diari Tani- Tanaman Labu

Ku nak tahu:

Kita sedia mengetahui  tanaman labu  adalah sejenis tanaman yang menjalar dan mempunyai sulur paut.  

Tanaman labu  pada kebiasanya merayap di atas tanah. 

Akan tetapi tanaman labu mampu  memanjat pada kayu penyokong menggunakan sulur pautnya.  

Oleh kerana tanaman labu adalah  sejenis tanaman yang  merayap, ia memerlukan kawasan yang luas. Tanaman labu memerlukan nutrien yang banyak untuk membentuk batang dan daun yang melebar besar disamping mengeluarkan buah yang besar. Tanaman labu amat memerlukan  di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari secara terus tanpa halangan.

Khasiat yang diketahui dalam buah labu termasuk tenaga, protein, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium, beta karotina, vitamin B1, vitamin B2, Niasin dan vitamin C. 

Tips tanaman labu:
Dengan menanam dua biji benih ke dalam satu lubang pada  batasyang dibentuk.

Benih tersebut dikambus sedalam 1-2 cm dengan tanah.

Digalakkan jarak tanaman ialah 1.2 m dalam baris dan 2.4 m antara baris kerana tanaman labu memerlukan kawasan yang luas dan dapat mengelakkan persaingan.

Apabila tanaman labu sedang membesar  di peringkat 2 helai daun benar iaitu 7-10 hari lepas ia ditanam,

Dipilih salah satu anak pokok pada  satu lubang.Pilih yang sihat dan cergas.


Tips pembajaan :
Digalakkan penggunaan plastik bersinar boleh mengurangkan kehilangan baja melalui proses larut lesap.

Boleh menjimatkan kos pembajaan.

Tahi ayam reput
NPK 12:12:17:2+TE

Baja digaul ke dalam batas sebelum ditutup dengan plastik.  Pembajaan di peringkat 60 hari selepas ditanam, baja ditabur di celah batas.

Kaedah penyiraman air:
Tanaman labu amat sesuai dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.

Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah.

Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang boleh dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit utama.

Pendebungaan Berbantu
Bunga betina yang mengalami proses pendebungaan membesar dan menjadi buah.

Bunga yang tidak didebunga akan busuk dan gugur.

Bunga labu manis didebungakan oleh serangga yang berterbangan seperti lalat, lebah, kumbang, tebuan dan kupu-kupu.

Jika  racun serangga kerap disembur ke tanaman labu, agen pendebungaan akan berkurangkan dan menjejaskan proses pendebungaan dan seterusnya menjejaskan hasil.

Pendebungaan berbantu dibuat sekiranya kehadiran serangga berkurangan dan disyorkan pada waktu pagi (8.00 - 11.00 pagi) iaitu apabila bunga betina terbuka.

Debunga daripada bunga jantan yang terbuka pada pagi itu juga digunakan dengan cara melaga-lagakan kedua-dua bunga betina dan jantan secara berpusing.

Bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina, eloklah satu bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina.Lebih baik bunga jantan dari varieti labu hyrid untuk mempercepatkan pertumbuhan.

Selepas tujuh hari bunga betina yang telah didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah.

Jenis Penyakit dan Perosak
1.      Penyakit Kulapuk Downy (Merebak melalui tiupan angin)
Kawalan:
Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl (0.15% b.a) apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulang selang 7-10 hari, sekali.

2.      Kulapuk Berdebu (Merebak melalui angin dan air)
Kawalan:
Musnahkan pokok dan buah yang diserang.  Sembur dengan racun kulat seperti benomyl (0.03% b.a) selang 7-10 hari sekali jika perlu.

3.      Melecuh Anak Benih/Reput Pangkal (Merebak melalui tanah dan air)
Kawalan:
Gunakan biji benih yang sihat.  Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih.  Pastikan saliran elok di kawasan tanaman.

4.      Mozek Virus (Merebak melalui biji benih / kutu daun).
Kawalan:  Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit

5.      Hawar Daun (Merebak melalui angin)
Kawalan:
Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih.  Gunakan biji benih yang sihat, amalkan tanaman giliran dan cabut serta tanam daun-daun yang berpenyakit.  Sembur racun kulat seperti mancozeb (0.1 - 0.2% b.a) setiap 7 hari sekali jika perlu.


Kematangan Dan Pengutipan Hasil
Buah labu manis dipungut apabila matang iaitu 60-80 hari selepas ditanam.

Kematangan dapat dikenali apabila warna kulit bertukar daripada hijau ke kuning.  Tangkai buah dipotong 5 cm dari pangkal buah.

Berat buah labu manis adalah diantara 1-2 kg sebiji.  Ia boleh disimpan selama 2 bulan pada suhu bilik. Sepokok labu manis boleh mengeluarkan 5-6 buah dalam tempoh 90 hari.

Kawalan Rumpai
Rumpai di atas batas dicabut dengan tangan, dicangkul atau dikawal menggunakan sungkupan yang terdiri daripada lalang atau rumput kering.

Penggunaan plastik bersinar berupaya menyekat pertumbuhan rumpai di permukaan batas.

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.

Diari Tani- Tanaman Barli

Ku nak tahu:

Rasulullah s.a.w.   menyukai nya:

Penduduk di Malaysia tidak biasa atau mengenali  tanaman barli . Kemungkinan kita memang tidak mengenali tanaman barli.

Tanaman  barli itu sendiri ditanam dikawasan beriklim sederhana dan iklim 'temperate' yang mempunyai 4 musim. Ternyata tanaman barli amat tidak sesuai dengan iklim di Malaysia.

Barli dalam bentuk bijirin yang dijual lazimnya dalam bentuk biji tersedia untuk dimakan iaitu bijirin berwarna coklat putih yang telah di bersihkan atau dalam bentuk serbuk.

Tanaman barli telah menjadi makanan ruji bagi manusia dan haiwan lain selain beras atau gandum. 

Tanaman barli  adalah tanaman bijiran lemah dan mudah rosak pada semua peringkat tumbesarannya, terutamanya semasa percambahan.

Diketahui,penanaman  barli, lebih rumit  berbanding tanaman gandum. Maka tanaman barli  adalah tanaman berisiko lebih tinggi daripada tanaman gandum. 

Di negara yang beriklim sederhana dan iklim 'temperate' yang mempunyai 4 musim , tanaman barli akan ditanam selepas bawang, atau kacang pea dan kacang.

Khasiat Barli.
Diketahui, bijirin barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zink, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin lain.

Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter.

Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. 

Untuk Perubatan
Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. 

Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. 

Bijirin barli bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ). 

Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. 

Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Galakkan Islam dalam Pertanian

Jika kita teliti:


Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dah takutilah kemurkaan-Nya).
Al-Mulk ayat 15
  

Barangsiapa yang petangnya penat, setelah berjaya menghasilkan produk daripada kerja tangannya sendiri, maka petang itu, diampunkan dosa-dosanya oleh Allah
Hadith riwayat Imam Al-Tabrani



Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah menyewakannya.

Hadith riwayat Abu Daud





Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya.
Hadith riwayat Imam Ahmad





Jika dibaca hadith diatas, menjadi  faktor pendorong kepada golongan petani untuk berusaha dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh dalam usaha pertanian mereka. 



Disamping , terus memupuk minat orang ramai  untuk menceburi bidang pertanian dengan memanfaatkan segala sumber alam, potensi, dan kawasan pertanian terbiar dengan pelbagai aktiviti pertanian.


Islam amat menggalakkan umat islam mengceburi dalam sektor pertanian.

Sektor  pertanian sebagai pekerjaan yang mulia dan diberkati.


Keselamatan dan kesucian sumber makanan dari sektor pertanian dapat menjamin kesejahteraan  kepada jiwa dan tubuh badan kita.




sekian, terima kasih



Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dah takutilah kemurkaan-Nya).
Al-Mulk ayat 15
- See more at: http://www.bertanisatuibadah.net/v2/#sthash.iTjrBQh6.dpuf
Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dah takutilah kemurkaan-Nya).
Al-Mulk ayat 15
- See more at: http://www.bertanisatuibadah.net/v2/#sthash.iTjrBQh6.dpuf

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul