Diari Tani- Tanaman Barli

Ku nak tahu:

Rasulullah s.a.w.   menyukai nya:

Penduduk di Malaysia tidak biasa atau mengenali  tanaman barli . Kemungkinan kita memang tidak mengenali tanaman barli.

Tanaman  barli itu sendiri ditanam dikawasan beriklim sederhana dan iklim 'temperate' yang mempunyai 4 musim. Ternyata tanaman barli amat tidak sesuai dengan iklim di Malaysia.

Barli dalam bentuk bijirin yang dijual lazimnya dalam bentuk biji tersedia untuk dimakan iaitu bijirin berwarna coklat putih yang telah di bersihkan atau dalam bentuk serbuk.

Tanaman barli telah menjadi makanan ruji bagi manusia dan haiwan lain selain beras atau gandum. 

Tanaman barli  adalah tanaman bijiran lemah dan mudah rosak pada semua peringkat tumbesarannya, terutamanya semasa percambahan.

Diketahui,penanaman  barli, lebih rumit  berbanding tanaman gandum. Maka tanaman barli  adalah tanaman berisiko lebih tinggi daripada tanaman gandum. 

Di negara yang beriklim sederhana dan iklim 'temperate' yang mempunyai 4 musim , tanaman barli akan ditanam selepas bawang, atau kacang pea dan kacang.

Khasiat Barli.
Diketahui, bijirin barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zink, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin lain.

Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter.

Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. 

Untuk Perubatan
Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. 

Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. 

Bijirin barli bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ). 

Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. 

Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Galakkan Islam dalam Pertanian

Jika kita teliti:


Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dah takutilah kemurkaan-Nya).
Al-Mulk ayat 15
  

Barangsiapa yang petangnya penat, setelah berjaya menghasilkan produk daripada kerja tangannya sendiri, maka petang itu, diampunkan dosa-dosanya oleh Allah
Hadith riwayat Imam Al-Tabrani



Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah menyewakannya.

Hadith riwayat Abu Daud





Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya.
Hadith riwayat Imam Ahmad





Jika dibaca hadith diatas, menjadi  faktor pendorong kepada golongan petani untuk berusaha dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh dalam usaha pertanian mereka. 



Disamping , terus memupuk minat orang ramai  untuk menceburi bidang pertanian dengan memanfaatkan segala sumber alam, potensi, dan kawasan pertanian terbiar dengan pelbagai aktiviti pertanian.


Islam amat menggalakkan umat islam mengceburi dalam sektor pertanian.

Sektor  pertanian sebagai pekerjaan yang mulia dan diberkati.


Keselamatan dan kesucian sumber makanan dari sektor pertanian dapat menjamin kesejahteraan  kepada jiwa dan tubuh badan kita.




sekian, terima kasih



Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dah takutilah kemurkaan-Nya).
Al-Mulk ayat 15
- See more at: http://www.bertanisatuibadah.net/v2/#sthash.iTjrBQh6.dpuf
Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dah takutilah kemurkaan-Nya).
Al-Mulk ayat 15
- See more at: http://www.bertanisatuibadah.net/v2/#sthash.iTjrBQh6.dpuf

Diari Tani -Tanam Lada Solok

Ku nak tahu: 

Lada solok

Mula-mula mengeluarkan hasil
  

Tip untuk menyuburkan tanah:
Pengapuran –  serbuk kapur ditaburkan secara serata  sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum penanaman. 

Tanah – tanah perlu ditambahkan najis haiwan pada tanah terutama jenis yang berpasir & tanah liat. Ini diperlukan untuk menambah nutrien dan sumber oraganik. 

Pembajakkan – tanah harus dibajak dan digembur sedalam 15-20sm untuk meningkatkan sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta untuk mencampuradukkan bahan organik. Tanah yang gembur amat diperlukan untuk memudahkan pertumbuhan akar tanaman.


Batas
penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm
penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 - 150 sm
jarak antara batas : 60 –100 sm

Sungkupan diperlukan
Tujuan utama memasangkan sungkupan untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga.

Disamping sungkupan juga mengekalkan kelembapan tanah & mencegah hakisan terutama ketika hujan turun lebat.

Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami padi dan pelepah kelapa atau kelapa sawit.


Biji benih
Biji benih dianggarkan 200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan). Kebiasaan biji benih bermutu tinggi mempunyai kadar peratus percambahan yang lebih tinggi.

Cara Penyemaian
Biji benih boleh disemaikan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik  diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring halus( kadar teduhan pancaran 50%)  untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak

Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.

Selepas 14 hari, anak pokok boleh dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1

Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat.


Pengalihan anak pokok.

Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.

Jarak tanaman boleh dijarangkan untuk memudahkan setiap pokok meperolehi cahaya matahari yang cukup.

Pengalihan anak pokok perlu  dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan penyiraman air untuk mengelakkan kejutan kepada anak pokok

Lakukan pemerhatian selama seminggu, anak pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan pokok sihat. Merawat pokok yang berpenyakit memerlukan kos yang tinggi dan tidak berbolai.

Serangan penyakit amat kritkal semasa peringkat anak pokok.


Penyiraman

Tanaman lada solok perlu dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang. Jika perlu dikerapkan ketika musim panas terik.

Pembajaan 
Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.

Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.

Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.

Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.

Pembajaan setiap pokok.
Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu.

Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air.

Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.

Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit

Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai.

Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.

Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.


Pungutan hasilHasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu.

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Terung Telunjuk




Tips Tanaman

Mula-mula  biji benih terung disemaikan di dalam bekas hitam semaian dengan kadar satu biji benih setiap lubang.

Kaedah tanam terus tidak digalakkan kerana biji benih terung tang terlalu kecil menyebabkan peratus  percambahannya jadi rendah.

Kebarangkalian semut boleh memakan biji tersebut , biji benih perlu direndam atau sembur dengan racun serangga.



Bekas semaian disimpan di bawah teduhan selama empat minggu.

Bekas semaian perlu disiram setiap pagi dan petang.

Sementara biji benih bercambah dan membesar di bawah teduhan. Manakala  batas disediakan dengan ukuran lebar satu meter dan panjang bergantung pada luas kawasan.

Kompos dan baja organik (tahi ayam berproses) perlu ditambah semasa mengembur tanah.

Batas boleh ditutup dengan plastik silver shine sebagai sungkupan.

Selepas empat minggu disemai, anak benih boleh diubah ke batas.

Jarak antara pokok yang disyorkan ialah antara 50 dan 60 sm.

Elakkan menanam tanaman terung telunjuk dibawah lindungan matahari sepanjang masa kerana tanaman terung memerlukan jumlah cahaya matahari yang tinggi.

Penyiraman air

Tanaman  terung telunjuk perlu disiram dua kali setiap hari (pagi dan petang) kecuali hari hujan.

Kaedah penyiraman boleh dilakukan secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis, titis dan sebagainya.

Tanaman terung telunjuk tidak sesuai dengan keadaan tanah yang terlalu lembap.

Pembajaan

Selepas dua minggu dipindahkan ke batas, baja organik ditabur ke atas batas yang disediakan.Kadar 50g setiap pokok.

Jika baja organik jenis cecair, ikut pada sukatan yang telah disyorkan pada label.

Baja seterusnya diberi selepas dua minggu baja pertama. Kadar baja ditambah hingga 100 g setiap pokok.

Baja berikutnya diberi selepas antara tiga dan empat minggu baja kedua. Kadar baja juga ditambah 120 hingga 150 g setiap pokok.

Baja ditabur di sekeliling pokok, tetapi elak terkena pada batang pokok.

Sebaik-baiknya baja ditutup dengan sedikit tanah atau sungkupan supaya baja boleh tahan lebih lama dan tidak dilarikan oleh air hujan..

Sokongan

Pokok terung telunjuk boleh membesar setinggi 0.5 hingga 1.0 m.

Jika ditiup angin, pokok biasanya mudah bengkok dan tumbang.

Bagi mengelakkan kejadian ini berlaku, sokongan perlu dibuat.

Gunakan kayu pancang yang berukuran 1.2 sm x 1.2 sm dan panjang 1.5m (bergantung pada ketinggian pokok).

Cucuk kayu pancang hampir dengan pokok dan ikat batang pokok pada kayu pancang dengan tali rafia. Jika pokok tinggi, ikat pada dua bahagian batang pokok (atas dan bawah) supaya lebih kuat.

Pemangkasan

 Pemangkasan dibuat pada cabang yang tumbuh di bahagian bawah (0.5m dari tanah) selepas sebulan ditanam. Selain daripada cabang, buang juga daun tua di bahagian bawah pokok.

Pemangkasan bertujuan untuk memberi pengudaraan dan pencahayaan yang baik kepada pokok. bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti buah terung.

Sebaik-baiknya ada tiga cabang utama sahaja bagi setiap pokok.

Kawalan rumpai

Rumpai yang tumbuh di atas batas perlu dibuang setiap seminggu sekali untuk mengurangkan persaingan dengan tanaman.

Bagi rumpai yang tumbuh di luar batas, mesin rumput boleh digunakan untuk memotong rumput. Sekurang-kurangnya dilakukan dua minggu sekali.

Rumpai perlu dikawal kerana ada sesetengah serangga perosak menjadikan rumpai sebagai perumahnya.

Kawalan perosak dan penyakit

Antara serangga yang sering menyerang ialah kutu daun (afid), kumbang daun, lalat buah dan ulat pengorek buah.

Kawalan perosak yang boleh digunakan perangkap feromon atau yellow sticker untuk lalat buah, racun organik untuk serangga perosak yang lain.

Racun organik boleh didapati di pasaran atau dibuat sendiri menggunakan campuran cili padi, lada hitam, sabun, air dan beberapa jenis repellent (tanaman penghalau serangga) yang dikisar halus.

Selain itu, penyakit layu bakteria dan layu Fusarium juga selalu ditemui pada terung. Gabungan daun tembakau atau daun sirih, cili padi, bawang merah, air dan kapur yang dikisar halus boleh membantu mengawal penyakit tersebut.

Sebanyak 30 ml racun organik yang ditambah dengan 10 liter air disembur pada seluruh bahagian pokok.

Penuaian

Pokok terung mula mengeluarkan hasil selepas enam dan tujuh minggu dipindahkan ke batas. Potong tangkai buah lebih kurang 1sm daripada cabang pok

Diari Tani- Tanaman Petola

Ku nak tahu: 







Batas Tanaman
Batas boleh disediakan berukuran lebih kurang 1.2 m lebar, 7.5 panjang dan 20 cm tinggi.  


Baja asas seperti tahi ayam reput digaulkan ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.  

Lubang-lubang dibuatkan sedalam 5 cm pada batas dengan jarak 150 cm x 90 cm ataupun 60 cm x 60 cm atau 45 cm x 60 cm bergantung kepada sistem tanaman.

Tips Menanam
Petola dibiakkan dengan biji benih yang ditanam terus ke batas.  


Sebelum menanam, biji benih perlu direndamkan dalam air selama 4-5 jam dan rawat dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih. 

Selepas rawatan racun, 2-3 biji benih diletakkan dalam setiap lubang yang telah disediakan, dengan jarak 2 cm antara satu sama lain.  

Biji benih ditimbuskan dengan tanah lebih kurang 3 cm dalam.  

Selepas 10 hari menanam, penjarangan dibuat dengan meninggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang. Kurangkan persaingan nutrien dan ruangan tanaman yang lebih baik.

Kayu Penyokong
Tanaman petola sejenis tanaman yang  menjalar dan memerlukan kayu junjung atau penyokong untuk memanjat.  

Penyokong yang dibuat daripada kayu buluh dan lain-lain bahan yang mudah didapati atau sistem para-para dawai perlu disediakan 2 minggu selepas menanam. 

Pembajaan
Baja organik seperti tahi ayam reput elok digunakan sebagai baja asas di dalam penanaman petola.  Selain daripada baja organik, baja sebatian kimia contohnya N:P205: K20:Mg0  12:12:17:2


Pengairan
Petola memerlukan air yang cukup untuk hidup subur.  Petola perlu disiram dua kali sehari iaitu pagi dan petang terutama apabila cuaca terlampau panas.


Jenis serangan  Serangga / Penyakit -Langkah kawalan
 Lalat Buah - Segera membalut buah diperingkat putik lagi , dan sembur racun serangga, jika perlu. 

 Kumbang Daun - Melakukan semburan racun Methamidophos.

Kepindang Buah - Melakukan semburan  racun Methamidophos.

Kulapuk Downy - Melakukan semburan  racun kulat Maneb. 

Hasil
Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari. 

Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.  

Buah petola bpeh dipetik tiap-tiap hari iaitu di waktu pagi dengan menggunakan pisau yang
tajam.  

Pilihlah  buah petolayang masih lembut dan belum bersabut.

Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari.  

Sekian, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul