Diari Tani- Bertani adalah aktiviti sihat

Bertani  atau berkebun secara kecil-kecilan di tepi rumah adalah aktiviti yang sihat. Kehidupan sekarang mementing kesihatan jantung, tubuh badan dan minda sekaligus

KU sendiri berpendapat cara terbaik  untuk berpeluh satu badan......salah satu aktiviti yang menyihatkan selain  bersukan. Bergantung keupayaan kita sendiri......kita boleh lakukan secara perlahan-lahan. Kita boleh perhatian warga tua kaum cina suka berkebun di belakang rumah ....selalu ditanam adalah sawi.

Cukup bermula sekadar kita mencabut rumput,..... kita akan terasa penat. Lepas tu badan kita sudah biasa dan kita mulakan aktiviti lebih berat.

Aktiviti yang lebih berat seperti mencangkul tanah atau menebas rumput. Lebih baik peralatan kita adalah paling asas dan manual. Elakkan mengunakan peralatan moden

Hasilnya kita akan kesan berpeluh meleleh di dahi di samping membersihkan kawasan .

Tanaman yang paling mudah adalah  serai. Beli serai yang masih segar dan direndam dalam air dalam seinci. Biarkan dalam seminggu.Akar putih akan kelihatan.

Serai tadi boleh ditanam dengan jarak 3 kaki setiap pokok.




Image result for semaiam akar serai


Renungkan.

Sekian, terima kasih



PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul