KU baru tahu:
Penyediaan anak benih paling kritikal kepada usahawan tani. Boleh diandaikan seolah- olah pemilihan anak benih yang wajib tepat.
Pelbagai maklumat tentang benih perlu diambik kira. Seperti maklumat benih tersebut pada pembungkusnya. Usahawan tani perlu tahu asal usul benih kerana setiap benih mempunyai kekuatan atau kelemahan nya yang tersendiri. Sesetengah benih import tidak mampu memyesuaikan diri dengan suhu atau cuaca tempatan. Oleh itu soal mahal atau murah harga benih bukan jaminan kepada kejayaan sesuatu projek pertanian.
Maklumat dari usahawan tani lain perlu diambil kira kerana mereka ada pengalaman dalam penanaman terhadap benih yang dipilih. Kejayaan atau kegagalan mereka perlu , usahawan tani ambil kira untuk mengenalpasti kelebihan benih itu secara menyeluruh
Cara menyemaian benih juga penting, Benih perlu disemai dalam medium hitam atau tanah bergembur sabut. Benih akan mula bercambah , akan menunjukkan sifat bersaingan di antara satu sama lain. Usahawan tani akan sedar bahawa benih yang baik akan membesar dengan cepat . Benih ini wajib dipilih dan diasingkan dari benih yang rosak. Benih yang baik dan bermutu diperhatikan pada batang dan daun. Berbatang gemuk dan berdaun hijau gelap.
Elak benih kekurangan cahaya , air dan baja. Jika benih dibiarkan membesar kurang seimbang , ia akan seakan taugeh......berbatang panjang mengejar matahari. Benih sudah rosak.
Rumah khas untuk penyemaian benih perlu dibina.Suasana nya perlu terkawal. Proses penyemaian benih amat kritikal. Suhu tidak terkawal boleh merosakkkan kadar pencambahan benih. Seranggan perosak perlu dielakkan .
Kawalan racun kulat dan serangga perlu dibuat. Benih terlebih dahulu direndam bersama-sama racun kulat. Apabila anak benih mula berdaun , racun serangga pula disembur .
Elak membawa anak benih berpenyakit ke dalam ladang. Akan merosakkan pokok yang lain.Elakkan risiko kerugian.
Jika ada sebarang gangguan penyediaan benih , jadual penanaman usahawan tani akan berubah secara keseluruhan nya. usahawan tani tidak dapat mencapai keuntungan seperti yang dijangkakan sebelum ini.
Berdasarkan, pengalaman KU sendiri menjalankan projek lada secara tanaman batas. .......Perlu kenal pasti benih lada import atau tempatan.
Boleh teknik ini.
1. Semaian A
2. Semian B
Memang diakui benih import dijanjikan hasil yang tinggi seperti dalam iklan. Faktor cuaca dan suhu negara kita perlu diambik kira. Benih tempatan pula mampu menjana hasil yang memuaskan tapi tahan lasak dengan cuaca negara kita kekadang agak ekstrem .
Perlu kenal pasti benih lada untuk fertigasi atau tanaman tanah. Setiap benih mempunyai kelebihan nya mengikut amalan penanaman yang digunakan.
Pemilihan anak benih lada semasa penyemaian amat kritikal . Anak lada yang tumbuh dengan baik dan cepat adalah anak pokok yang baik. Anak pokok lada akan dipindahkan dalam tray hitam berlubang besar. Pastu KU pindahkan dalam polibag kecil . Anak pokok lada amat sensitif semasa proses pembesaran .Setelah hampir 3 bulan,barulah pokok lada sudah tahan lasak.
Sekian, terima kasih.
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
Diari Tani- Buluh dan pertanian
KU baru tahu :
Buluh mempunyai hubungkait rapat di negara pertanian asia. Buluh memberi seribu kegunaan kepada para petani sebenarnya.
Penggunaan buluh amat penting dalam pertanian kerana memyediakan sumber binaan yang murah dan banyak. Buluh hidup subur di tebing sungai dan kawasan agak semak.Penggunaan buluh amat bagi penguasaha tidak mampu menyediakan struktur binaan di keseluruhan tapak pertanian. Harga kayu dan besi agak mahal sekarang. Kelemahan buluh hanya binaan tidak tahan lama, kene pilih jenis buluh tertentu ( buluh yang tebal) dan kesukaran mase untuk menebang buluh. ( buluh tua biasanya berada di tengah rumpun dan miang buluh)
Buluh sebenarnya adalah musuh pertanian kerana buluh sukar dihapuskan. Walaupun rumpun dibakar, perdu rumpun perlu dikorek keluar. Penggunaan jentera berat diperlukan dan mengambil masa untuk memusnahkan perdu rumpun. Jika dibiarkan buluh hidup , buluh mampu bersaing dengan tanaman yang lain. Akar buluh sangat panjang dan menghisap nutrien baja dengan cepat.Buluh semakin membesar dan menjadi kawasan tanaman menjadi kurang terdedah cahaya matahari.
Akan tetapi buluh juga..................memberikan sumber binaan yang terbaik bagi para petani. Memang diakui batang buluh jarang di temui lurus seperti kita hendaki. Kita boleh bina bangsal untuk rumah pekerja atau stor peralatan pertanian. Kos kayu amat mahal.
Sesetengah petani gunakan batang buluh sebagai tiang sokongan utama ( batang buluh besar) atau sampingan ( anak buluh atau batang buluh kecil) tanaman seperti timun. Buluh mampu bertahan sehingga 3 atau 4 musim tanaman. Yang penting kita mahir membuat ikatan atau memasang batang buluh kerana pemasangan buluh jarang menggunakan paku. Tidak seperti menggunakan kayu.
Batang buluh diracik kecil boleh sebagai tiang sokongan kepada tanaman lada. Tanaman lada amat memerlukan banyak penggunaan buluh yang banyak.
Batang buluh sering digunakan sumber binaan rumah anak tanaman..Batang bukuh dibelah kecil. diraut lembut boleh membentuk U . Bergantung kepada anda, untuk saiz rumah anak tanaman.
Sesetengah petani yang kreatif menggunakan buluh sebagai binaan rumah lindungan hujan. Memang nampak agak pelik tapi banyak mengurangkan kos . Selepas beberapa musim , anda bolehlah menggantikan binaan tersebut.
Buluh memberi sumber makanan kepada kita. Rebung menjadikan makanan yang enak dimasak gulai lemak cili api. Petani telah berani menguasahakan rebung sebagai sumber pendapatan. Jenis rebung ditanam adalah buluh madu.
Ternyata buluh amat berguna kepada kita.
Sekian terima kasih,

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERIBADI
Tanah Bercangkul
Create Your Badge
Create Your Badge
Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul