Diari Tani- Buluh dan pertanian

KU baru tahu :

Buluh mempunyai hubungkait rapat di negara pertanian asia. Buluh memberi seribu kegunaan kepada para petani sebenarnya.

Penggunaan buluh amat penting dalam pertanian kerana memyediakan sumber binaan yang murah dan banyak. Buluh hidup subur di tebing sungai dan kawasan agak semak.Penggunaan buluh amat bagi penguasaha tidak mampu menyediakan struktur binaan di keseluruhan tapak pertanian. Harga kayu dan besi agak mahal sekarang. Kelemahan buluh hanya binaan tidak tahan lama, kene pilih jenis buluh tertentu ( buluh yang tebal) dan kesukaran mase untuk menebang buluh. ( buluh tua biasanya berada di tengah rumpun dan miang buluh)

Buluh sebenarnya adalah musuh pertanian kerana buluh sukar dihapuskan. Walaupun rumpun dibakar, perdu rumpun perlu dikorek keluar. Penggunaan jentera berat diperlukan dan mengambil masa untuk memusnahkan perdu rumpun. Jika dibiarkan buluh hidup ,  buluh mampu bersaing dengan tanaman yang lain. Akar buluh sangat panjang dan menghisap nutrien baja dengan cepat.Buluh semakin membesar dan menjadi kawasan tanaman menjadi kurang terdedah cahaya matahari.

Akan tetapi buluh juga..................memberikan sumber binaan yang terbaik bagi para petani. Memang diakui batang buluh jarang di temui  lurus seperti kita hendaki. Kita boleh bina bangsal untuk rumah pekerja atau stor peralatan pertanian. Kos kayu amat mahal.

Sesetengah petani gunakan batang buluh sebagai tiang sokongan utama ( batang buluh besar)  atau sampingan ( anak buluh atau batang buluh kecil) tanaman seperti timun. Buluh mampu bertahan sehingga 3 atau 4 musim tanaman. Yang penting kita mahir membuat ikatan atau memasang batang buluh kerana pemasangan buluh jarang menggunakan paku. Tidak seperti menggunakan kayu.

Batang buluh diracik kecil boleh sebagai tiang sokongan kepada tanaman lada. Tanaman lada amat memerlukan banyak penggunaan buluh yang banyak.

Batang buluh sering digunakan sumber binaan rumah anak tanaman..Batang bukuh dibelah kecil. diraut lembut boleh membentuk U . Bergantung kepada anda, untuk saiz rumah anak tanaman. 

Sesetengah petani yang kreatif menggunakan buluh sebagai binaan rumah lindungan hujan. Memang nampak agak pelik tapi banyak mengurangkan kos . Selepas beberapa musim , anda bolehlah menggantikan binaan tersebut.

Buluh memberi sumber makanan kepada kita. Rebung menjadikan makanan yang enak dimasak gulai lemak cili api. Petani telah berani menguasahakan rebung sebagai sumber pendapatan. Jenis rebung ditanam adalah buluh madu.

Ternyata buluh amat berguna kepada kita.

Sekian terima kasih,

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul