KU nak tahu:
Ku cadang nak tanam jagung di tepi rumah sekadar dapat sara diri , dapat rasa hasil deytik peluh sendiri.
Mula -mula satu pek kecil benih jagung hidrid direndamkan dalam piring , sekadar gunakan air suam untuk mengaktifkan benih tersebut.
Biarkan benih memecahkan kulitnya dan menampakkan akar.
Benih tadi mula berakar panjang......KU pindahkan pula ke dalam tray hitam berlubang kecil berisi medium tanah hitam.
PENANAMAN
Penyediaan Tanah
Jagung manis boleh ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini.
Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini.
Tnah dibajak dan gemburkan sedalam 15 hingga 25 cm.
Kapur ditabur sekiranya pH tanah didapati rendah.
Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai.
Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah.
Sekiranya penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan metrik sehektar setahun.
Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air batas perlulah dibuat.

Keperluan Biji Benih
Biji benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan.
Menanam
Biji benih direndam dalam air biasa( lebih baik air agak suam) selama 1 jam untuk memudahkan percambahan.
Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang. Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam.
Lubang dibat untuk biji benih dengan menggunakan tugal. Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus.

Pengairan
Sistem renjis boleh digunakan. Sekiranya bergantung kepada air hujan, rancangkan supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan setempat.
Pembajaan
Baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas. Baja tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam.
Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting. Racun pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh. Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual.
Sekian dulu , terima kasih