KU ingin tahu:
Penanaman tebu sebagai tanaman sampingan amat menguntungkan dan menjadikan pendapatan kedua kepada penduduk kampung.
Apabila sebelah pagi, penduduk kampung ke kebun getah,kelapa sawit atau ke sawah. Penanaman tebu boleh diusahakan di sebelah petang.
Tebu memang diketahui selalu dicari peraih untuk perniagaan air tebu hampir setiap masa.
Permintaan terhadap air tebu semakin memuncak di bulan puasa.
Penanaman tebu hanya memerlukan penyeliaan masa yang sedikit berbanding tanaman lain.
Di peringkat awal penanaman tebu, tanah untuk penanaman perlu disediakan sebaik mungkin untuk memastikan pokok tebu tumbuh sedang subur.
Tanah nya berkeadaan gembur, keasidan tanah yang terkawal dan pembajaan yang sentiasa.
Bagi kawalan penyakit kulat atau serangga, pokok atau bahagian pokok dirosakkan atau diserang hendaklah dihapuskan di tempat yang jauh dari kawasan tanaman.
Kawalan racun diperlukan jarang-jarang sekali sebagai langkah berjaga-jaga sahaja.
Yang penting, kebersihan pokok tebu amat penting,supaya daun tua sentiasa dibuang, pokok sentiasa ditegak ( elak menyentuh tanah dan diikat ), jumlah anak pokok dikawal untuk pembesaran sekata dan kwalan serangga/haiwan berbisa seperti sarang tebuan.
Penanaman tebu akan mencapai kematangan apabila berusia 9-14 bulan
Artikel Menarik:
Sekian dulu , terima kasih