Diari Tani- Panduan Tanaman Ubi Keledek di Tepi rumah

KU biasa tengok:

 






Tanaman Ubi keledek telah menjadi tanaman pilihan masyarakat petani pantai timur selepas tanaman padi.

Tanaman ubi keledek amat sesuai ditanam di tanah beris atau tanah agak berpasir.

Terdapat jenis varieti ubi keledek yang memenuhi kehendak masyarakat sekarang. 

Tanaman  ubi keledek  amat mudah hidup subur mempunyai daya rintang penyakit yang tinggi.

Yang penting , batas nya perlu dibentuk tinggi agar tanaman ubi keledek tidak mudah ditenggelami air dan berisi dengan baik.

Tips penanaman ubi keledek


Penanaman Ubi Keledek.

Ubi keledek boleh hidup di pelbagai jenis tanah termasuk tanah yang kurang subur dengan pembajaan yang sesuai. 

Saliran perlu untuk mengelak air bertakung dengan membina parit.

Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik- balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik.

Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.

Batas  perlu untuk tanaman ubi keledek dengan ketinggian 30 hingga 40 sentimeter (sm) dan lebar 60 sm.

Bahan dan jarak tanaman Ubi Keledek.
Ubi keledek ditanam menggunakan keratan batang dan pucuk dari pokok yang sedang menjalar.


Pembajaan Ubi Keledek.
Bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.

Kadar pembajaan yang biasa adalah 70N:86P2O5:173K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.


Hasil ubi keledek boleh dipungut antara empat hingga enam bulan selepas ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaan.



Sila cliks dibawah.


Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul