Ku nak tahu
Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran
sekian dulu, terima kasih
KUCAI |

Kucai ( Allium schoenoprasum ) adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili.
Kucai sememangnya terkenal sebagai penyedap masakan terutama dalam masakan mee goreng, cucur udang dan sebagainya.
Khasiat Kucai mengandungi vitamin B dan C, dan karotin .
Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit
keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman
bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan
serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali
gus menghindarkan pembekuan darah.
Cara penggunaannya
adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan
air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya
diminum setiap pagi.
Cara penanaman
Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Tanah yang terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik.
Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.
Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan.
Kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang kucai boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai.
Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.
Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Bahagian kucai dipotong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu.
Pokok kucai akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga.
Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Bagi menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Artikel menarik