Diari Tani- Panduan Penanaman Halia Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:



Halia  adalah tanaman yang diusahakan secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan.

Rizom halia banyak digunakan sebagai rempah perasa dalam makanan dan ubat.

Halia ditanam samada sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut.

Penanaman halia di tanah gambut mempunyai potensi sebagai tanaman kontan dan tanaman selingan.  Halia biasanya ditanam di ladang-ladang nenas, kelapa sawit, getah dan buah-buahan.


Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.


Panduan tanaman

Halia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom.  Kajian menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5.

Halia  boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8.

Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.


Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan.

Rizom yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.

Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas.  Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.

Anggaran 25-33 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom.  Keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar.


Penanaman di ladang

Keratan-keratan rizom diatur di atas batas.

Lubang digali sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan 'mata' menghala ke atas.

Tnah dikambus dan kejapkan.

Beri naungan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas menanam.


PENJAGAAN

Pembajaan
Disyorkan mengikut keadaan tanah.

Tanah gambut - gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2Os dan 236 kg K20 sehektar.

Tanah bukan organan disyor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2Os  dan 112 kg K20 sehektar.

Merumput
Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.


Hasil boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4-5 bulan dan halia tua semasa berumur 8-9 bulan (batang daun mula menjadi kuning).

Halia yang dipungut sekiranya terdedah lama kepada cahaya matahari, akan kehilangan air dan mutunya merosot.

Hasil tua adalah diantara 12-18 tan/hektar dan halia muda ialah 9 tan/hektar.  Hasil purata halia tua ialah 15 tan/hektar.


KEGUNAAN

Masakan dan makanan

Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Perubatan

Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia.

Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.

Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.


Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis.



Kegunaan lain

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

Khasiat dan Kegunaan

Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-­ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin.

Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.

Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul