Diari Tani- Kerang Sumber Pendapatan

Ku nak tahu:


 

Ladang kerang

Kerang yang diternak di ladang kerang akan mula matang dalam masa satu tahun sebelum boleh dituai.

Nelayan yang menjadi penjaga ladang sentiasa  memantau kawasan plot serta memindahkan kerang yang terlalu padat di dalam satu-satu plot.Agar dapat mengimbangi makanan di persekitaran cukup dengan populasi kerang yang ada.

Kerang perlu dikacau selalu agar taburannya di dalam plot menjadi seimbang serta mengelakkan berlakunya persaingan serta memberi kerang ruang untuk membesar.

Dengan ada ladang kerang, taraf hidup nelayan  telah meningkat di mana pendapatan mereka dilihat terdapat pertambahan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

Fakta kerang

Kerang adalah salah satu jenis makanan laut  menjadi diet masyarakat sekarang .

Kerang pun telah menjadi salah satu makanan digemari terutamanya di restoran makanan laut.

Kerang mampu memberi kebaikan  untuk kesihatan dan makanan tambahan bagi berbagai penyakit seperti penyakit kuning atau keracunan.

Khasiat kerang adalah sebagai sumber vitamin B12 . Sekitar 100 gram kerang mengandung 33 % vitamin B12 dari kegunaan harian. Penggunaan  vitamin B12 juga akan melindungi kolon dari risiko kanser kerana mencegah terjadinya  sel barah.

Kerang kaya dengan omega 3,magnesium, dan kalium, yang baik untuk  sistem kardiovaskular jantung. Memakan  kerang sekurang-kurangnya  1-3 kali per bulan dapat mencegah serangan strok.

Apabila setiap hari kita memakan makanan yang mengandung  omega 3, misalnya kerang, risiko terjadinya penyakit jantung koroner akan menurun.

Kerang dan makanan laut lainnya adalah sumber utama zat gizi mineral seperti zat besi (Fe), iodium (I), Zink(Zn), selenium (Se), kalsium (Ca), fosfor (P), kalium (K), florida (F),Omega 3 dan lain - lain.

Mineral makanan laut  lebih mudah diserap tubuh dibandingkan mineral yang berasal dari serealia dan kacang - kacangan.

Kerang  juga sebagai bahan makanan yang meningkatkan vitalitas seseorang.

Kerang mengandung banyak vitamin dan mineral untuk kegunaan harian,


Artikel Menarik

Sekian, terima kasih


IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul