Diari Tani-Hasil Kaedah hidroponik lebih segar dan bersih

KU baru tahu:

Pertanian sekarang banyak mengamal  penanaman secara hidroponik dan merupakan  satu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah. Hidroponik berasal daripada perkataan Greek, hydro iaitu air dan ponos yang bermaksud bekerja.

Kita biasa lihat  cara penanaman hidroponik ini dimana kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunakan tanah.Pelbagai jenis sayur-sayuran ( berdaun dan buah )dapat ditanam.  Pokok bunga juga boleh ditanam secara hidroponik. 

Penanaman hidroponik amat memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air.Ia memerlukan jenis baja kimia yang dirumuskan mengikut jenis sayur yang ingin tanam.Baja kimia tersebut berbeza bagi setiap peringkat pembesaran pokok sehingga pengeluaran hasil.


Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja digunakan, benih yang elok, saiz bekas dan cahaya matahari secukupnya.Amat sesuai bagi golongan muda untuk belajar pertanian kerana penanaman hidroponik adalah kaedah menanam paling senang, berpatutan dan dilaksanakan tanpa memerlukan kawasan yang luas.

Cuma perlu belajar tentang pengawasan 24 jam, kawalan penyakit dan pengurusan sistem air.  Penanaman hidroponik ini tidak boleh ada kegagalan sistem  air . Pokok tidak boleh kekurangan air terutama pada waktu panas terik.

Kita akan dapati kaedah hidroponik untuk tanaman  sayur-sayuran yang ditanam lebih segar dan bersih.Yang paling penting,sayur ini  yang boleh dimakan mentah kerana kurang penggunaan racun.

Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:

1) Takungan hidroponik
Takungan hidroponik seharusnya tidak telus cahaya, serap panas dan tidak berkarat.

Dicadangkan takung plastik berukuran 15 sentimeter (sm) tinggi, 52sm panjang dan 26sm lebar. Takung itu perlu dilengkapkan dengan penutup polistirena berlubang serta bakul semaian. 
2) Penutup takungan/polisterin
Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari dan kemasukan air hujan yang mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup hendaklah mempunyai lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.

3) Bakul semaian

Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang di penutup takung.
Benang atau perca kain dari jenis yang boleh menyerap air boleh diletakkan dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
Juntaikan perca kain atau benang itu melalui lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja. 

Penyediaan larutan baja hidroponik

Gunakan baja hidroponik komersial dengan kadar yang disyorkan pada label.
Air paip atau tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja perlu lama tersimpan kerana ia bebas daripada klorin.
Air hujan juga boleh digunakan.

Menyemai

Semai sebanyak dua hingga empat biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan satu hingga dua pokok sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih daripada terendam dalam larutan.  
Penjagaan 
Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan takungan terlindung dari air hujan. Kawalan serangga atau penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian yang diserang. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.

Boleh belajar dalam vidoe dibawah:

1. Hidroponik A
2. Hidroponik B

Sekian , terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani- Baja Organik

KU baru tahu ::

Baja organik amat penting kepada tanaman . Walaupun kita tau baja kimia sering menjadi pilihan utama, Baja organik mempunyai kelebihan tertentu. Baja organik memyediakan nutrien yang pelbagai kepada tanaman. Bergantung jenis sumber baja organik.Terdiri najis haiwan, sisa makanan atau sisa reputan biomass.

Baja organik menyediakan tanah menjadi lebih 'hidup'. Baja organik menjadi sumber habitat bakteria yang mengurai sisabiomass ditukar kepada baja. Kitaran tanah amat perlu. Daun dan bunga tanaman yang gugur akan mereput , diuraikan oleh bakteria kembali kepada baja diperlukan pokok.Humus yang terbentuk masa proses penguraian,akan bertindak sebagai span air (penyimpan air). Air amat penting kepada tumbuhan. Air perlu sentiasa ada dan melembap pada akar tanaman. Humus juga sebagai kawalan hakisan tanah akibat air hujan.

Hasil tanaman menggunakan baja organik mempunyai ketahanan yang lebih daripada hasil tanaman menggunakan baja kimia. Hasil tanaman organik mampu disimpan berminggu , tidak mudah buruk dan tidak perlu disembur bahan pengawet.

Disini, beberapa petua untuk menghasilkan baja organik.

Petua 1 (Baja kompos berasaskan tulang ikan dan kulit udang )

Baja kompos berasaskan tulang ikan dan kulit udang amat sesuai untuk menyuburkan tanaman bunga terutama bunga ros.
Langkah pertama ialah dengan hanya menumbuk baja itu hingga lumat sebelum dikeringkan.Ia mesti diratakan pada bekas yang leper dan dijemur dibawah matahari yang terik. Tidak kurang 3 hari dan dipastikan tiada kelembapaan yang dapat dirasakan di jari.
Pastikan ia benar-benar kering mengelakkan kewujudan perosak yang membahayakan bunga ros berkenaan.
Seterusnya anda boleh menaburkan baja berkenaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Sungkup atau gembur baja kompos yang ditabur pada permukaan tanah bagi membantu mikro organisma tanah menyerap bahan berkenaan.
Pastikan  tanah yang digembur baik setiap minggu untuk pertumbuhan dan ia membantu meningkatkan tumbesaran tanaman.
Dapat diperhatikan pertumbuhan pucuk dan tunas lebih sihat dan subur dapat dihasilkan sepenuhnya menerusi penggunaan baja ini.


Petua 2(air cucian beras)

Nasi adalah makan asasi kita setiap hari. Suri rumah selalu membasuh beras sebelum memasak. Sebenarnya Air cucian beras bukan sekadar menghilangkan bau hanyir ikan, tetapi juga sesuai dijadikan bahan siraman pokok bunga.
Ia juga membantu tanaman ros di taman anda berbunga segar dan menyerlahkan variasi bunga warna menarik.


Petua 3 (Air basuhan ikan)

Mungkin suri rumah tidak sedari bahawa air basuhan ikan yang disiram pada tanaman pula berupaya menyuburkan tanaman. Hampir setiap hari anda berada di dapur, menyiang ikan untuk dimasak.
Ia sebenarnya amat berguna kerana unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman. Terdapat zat besi yang wujud semulajadi dalam darah dan organ ikan.
Anda simpan dalam bekas siraman yang besar. Apabila waktu petang, anda boleh siram kepada tanaman anda


Petua 4(Air rendaman bawang)

Air rendaman bawang putih atau merah boleh dimanfaatkan kegunaannya.
Ia dikatakan dapat menghasilkan pucuk baru dan bunga subur dengan langkah mudah iaitu direndam semalaman dalam air.
Air itu kemudian disiram pada tanaman tanpa membuang kulit bawang pada keesokan hari dan amalkan petua itu lebih kerap supaya tanaman kembali sihat dan segar.


Petua 5 (Serbuk kopi dan teh)

Serbuk kopi dan teh jangan dibuang sebaliknya ia dikatakan membantu menyuburkan tanaman anda.        Cara mudah dengan hanya menaburkan ia di sekeliling pangkal tanaman dan tanpa mengambil masa lama ia pasti membuahkan hasil membanggakan. Ini kerana serbuk kopi dan daun teh akan bertindak sumber humus kepada pokok disamping memberi kelembapan tanah.

Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani-Berkongsi ilmu bertani

KU baru tahu:

Ilmu bertani harus dikongsi  bersama diantara petani dan masyarakat.Di samping dapat memupuk golongan muda untuk menceburi bidang pertanian.

Bagi petani jaya(uasahwan tani0  , mempunyai pengalaman dan ilmu pengetahuan dapat mengajar masyarakat cara yang betul untuk bertani.

Cara memilih , cara memulihkan tanah-tanih, cara membuat sokongan, cara membentuk sistem air , cara membaja,  kawalan serangga dan penyakit. Masyarakat sekarang kurang ilmu bertani kerana sejak kecil terdedah kepada cabang bidang yang berlainan. Minda masyarakat telah dibasuh minda bahawa pertanian tidak akan memberi kejayaan atau jaminan hidup.

Petani harus mudah memberi nasihat dan panduan kepada sesiapa yang berminat. Paling kurang , tanah terbiar walaupun sekakang kera dapat diusahakan.Jimat belanja dapur masing-masing.

Ilmu harus dikongsi bersama dan dikembangkan kepada orang lain.Agar ilmu bertani menjadi semakin baik dan berguna kepada masyarakat.

Bersama-sama kita renungkan

Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul