Diari Tani- Baja Organik

KU baru tahu ::

Baja organik amat penting kepada tanaman . Walaupun kita tau baja kimia sering menjadi pilihan utama, Baja organik mempunyai kelebihan tertentu. Baja organik memyediakan nutrien yang pelbagai kepada tanaman. Bergantung jenis sumber baja organik.Terdiri najis haiwan, sisa makanan atau sisa reputan biomass.

Baja organik menyediakan tanah menjadi lebih 'hidup'. Baja organik menjadi sumber habitat bakteria yang mengurai sisabiomass ditukar kepada baja. Kitaran tanah amat perlu. Daun dan bunga tanaman yang gugur akan mereput , diuraikan oleh bakteria kembali kepada baja diperlukan pokok.Humus yang terbentuk masa proses penguraian,akan bertindak sebagai span air (penyimpan air). Air amat penting kepada tumbuhan. Air perlu sentiasa ada dan melembap pada akar tanaman. Humus juga sebagai kawalan hakisan tanah akibat air hujan.

Hasil tanaman menggunakan baja organik mempunyai ketahanan yang lebih daripada hasil tanaman menggunakan baja kimia. Hasil tanaman organik mampu disimpan berminggu , tidak mudah buruk dan tidak perlu disembur bahan pengawet.

Disini, beberapa petua untuk menghasilkan baja organik.

Petua 1 (Baja kompos berasaskan tulang ikan dan kulit udang )

Baja kompos berasaskan tulang ikan dan kulit udang amat sesuai untuk menyuburkan tanaman bunga terutama bunga ros.
Langkah pertama ialah dengan hanya menumbuk baja itu hingga lumat sebelum dikeringkan.Ia mesti diratakan pada bekas yang leper dan dijemur dibawah matahari yang terik. Tidak kurang 3 hari dan dipastikan tiada kelembapaan yang dapat dirasakan di jari.
Pastikan ia benar-benar kering mengelakkan kewujudan perosak yang membahayakan bunga ros berkenaan.
Seterusnya anda boleh menaburkan baja berkenaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Sungkup atau gembur baja kompos yang ditabur pada permukaan tanah bagi membantu mikro organisma tanah menyerap bahan berkenaan.
Pastikan  tanah yang digembur baik setiap minggu untuk pertumbuhan dan ia membantu meningkatkan tumbesaran tanaman.
Dapat diperhatikan pertumbuhan pucuk dan tunas lebih sihat dan subur dapat dihasilkan sepenuhnya menerusi penggunaan baja ini.


Petua 2(air cucian beras)

Nasi adalah makan asasi kita setiap hari. Suri rumah selalu membasuh beras sebelum memasak. Sebenarnya Air cucian beras bukan sekadar menghilangkan bau hanyir ikan, tetapi juga sesuai dijadikan bahan siraman pokok bunga.
Ia juga membantu tanaman ros di taman anda berbunga segar dan menyerlahkan variasi bunga warna menarik.


Petua 3 (Air basuhan ikan)

Mungkin suri rumah tidak sedari bahawa air basuhan ikan yang disiram pada tanaman pula berupaya menyuburkan tanaman. Hampir setiap hari anda berada di dapur, menyiang ikan untuk dimasak.
Ia sebenarnya amat berguna kerana unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman. Terdapat zat besi yang wujud semulajadi dalam darah dan organ ikan.
Anda simpan dalam bekas siraman yang besar. Apabila waktu petang, anda boleh siram kepada tanaman anda


Petua 4(Air rendaman bawang)

Air rendaman bawang putih atau merah boleh dimanfaatkan kegunaannya.
Ia dikatakan dapat menghasilkan pucuk baru dan bunga subur dengan langkah mudah iaitu direndam semalaman dalam air.
Air itu kemudian disiram pada tanaman tanpa membuang kulit bawang pada keesokan hari dan amalkan petua itu lebih kerap supaya tanaman kembali sihat dan segar.


Petua 5 (Serbuk kopi dan teh)

Serbuk kopi dan teh jangan dibuang sebaliknya ia dikatakan membantu menyuburkan tanaman anda.        Cara mudah dengan hanya menaburkan ia di sekeliling pangkal tanaman dan tanpa mengambil masa lama ia pasti membuahkan hasil membanggakan. Ini kerana serbuk kopi dan daun teh akan bertindak sumber humus kepada pokok disamping memberi kelembapan tanah.

Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul