Diari Tani-Hasil Kaedah hidroponik lebih segar dan bersih

KU baru tahu:

Pertanian sekarang banyak mengamal  penanaman secara hidroponik dan merupakan  satu kaedah menanam tanpa menggunakan tanah. Hidroponik berasal daripada perkataan Greek, hydro iaitu air dan ponos yang bermaksud bekerja.

Kita biasa lihat  cara penanaman hidroponik ini dimana kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunakan tanah.Pelbagai jenis sayur-sayuran ( berdaun dan buah )dapat ditanam.  Pokok bunga juga boleh ditanam secara hidroponik. 

Penanaman hidroponik amat memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air.Ia memerlukan jenis baja kimia yang dirumuskan mengikut jenis sayur yang ingin tanam.Baja kimia tersebut berbeza bagi setiap peringkat pembesaran pokok sehingga pengeluaran hasil.


Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja digunakan, benih yang elok, saiz bekas dan cahaya matahari secukupnya.Amat sesuai bagi golongan muda untuk belajar pertanian kerana penanaman hidroponik adalah kaedah menanam paling senang, berpatutan dan dilaksanakan tanpa memerlukan kawasan yang luas.

Cuma perlu belajar tentang pengawasan 24 jam, kawalan penyakit dan pengurusan sistem air.  Penanaman hidroponik ini tidak boleh ada kegagalan sistem  air . Pokok tidak boleh kekurangan air terutama pada waktu panas terik.

Kita akan dapati kaedah hidroponik untuk tanaman  sayur-sayuran yang ditanam lebih segar dan bersih.Yang paling penting,sayur ini  yang boleh dimakan mentah kerana kurang penggunaan racun.

Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:

1) Takungan hidroponik
Takungan hidroponik seharusnya tidak telus cahaya, serap panas dan tidak berkarat.

Dicadangkan takung plastik berukuran 15 sentimeter (sm) tinggi, 52sm panjang dan 26sm lebar. Takung itu perlu dilengkapkan dengan penutup polistirena berlubang serta bakul semaian. 
2) Penutup takungan/polisterin
Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari dan kemasukan air hujan yang mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup hendaklah mempunyai lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.

3) Bakul semaian

Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang di penutup takung.
Benang atau perca kain dari jenis yang boleh menyerap air boleh diletakkan dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
Juntaikan perca kain atau benang itu melalui lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja. 

Penyediaan larutan baja hidroponik

Gunakan baja hidroponik komersial dengan kadar yang disyorkan pada label.
Air paip atau tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja perlu lama tersimpan kerana ia bebas daripada klorin.
Air hujan juga boleh digunakan.

Menyemai

Semai sebanyak dua hingga empat biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan satu hingga dua pokok sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih daripada terendam dalam larutan.  
Penjagaan 
Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan takungan terlindung dari air hujan. Kawalan serangga atau penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian yang diserang. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.

Boleh belajar dalam vidoe dibawah:

1. Hidroponik A
2. Hidroponik B

Sekian , terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul