Diari Tani- Panduan Tanam Pokok Pulasan Di Tepi Rumah

KU kenal:

Pokok pulasan seakan pokok rambutan.

Sekadar melihat dari segi daun ,dahan atau batang pokoknya memang hampir sama shaja.



Pokok pulasan  boleh mencapai ketinggian sehingga 20m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang.  

Pokok dari baka cantuman mempunyai batang utama besar dan pendek.

Dahan utama rendah dan terbuka.  Kulit dahan dan batang berwarna perang tua serta bertompok putih kecil.  
Daun rambutan berbau harum sedikit, tidak mempunyai petol dan sepal berwarna kuning muda dan berkilat dan sedikit berbulu. 

Bunga jantan dan betina terdapat berasingan dalam sejambak.  

Untuk pembentukan buah, pokok pulasan memerlukan proses pendebungaan berkacuk dengan serangga sebagai agen pendebungaan.  Buah pulasan  berbentuk  hampir bulat dan berukuran lebih  5 cm.


TANAH DAN IKLIM

Iklim tropika sesuai untuk tanaman pulasan yang mempunyai taburan hujan tahunan antara 1700-2500 mm dan suhu optima antara 26-280C.

Tanaman ini memerlukan keadaan kering yang pendek untuk pembuangan, musim hujan untuk masa pembesaran buah dan keadaan kering bagi peringkat buah hendak masak.  pH tanah yang sesuai ialah antara 5.5-7.   

Bagi kawasan rendah atau datar, perparitan perlu dibuat untuk membaiki saliran di kawasan-kawasan ladang.  

Kawasan berbukit mempunyai kecerunan 6-120 perlu dibuat teres atau tapak gajah.  Tanaman penutup bumi digalakkan sebagai satu langkah pemuliharaan kawasan bercerun.



PENANAMAN:

Pokok pulasan boleh ditanam menggunakan sistem tiga segi sama, sistem empat segi sama atau sistem sesiku keluang.  

Jarak tanaman disyorkan adalah 9 m x 9 m.  Sistem tiga segi dapat memberikan bilangan pokok yang lebih banyak dalam satu kawasan dari sistem segi empat sama (lihat sistem tanaman tiga segi dan empat segi). 

PENGAIRAN

Bagi kawasan yang mudah dibanjiri air, sistem saliran yang baik dan sesuai perlu diadakan untuk mengelakkan air bertakung.

PEMBAJAAN
Masa yang sesuai untuk membaja ialah diawal musim hujan. 
Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai dibaja ialah selepas kutipan hasil dan 3-4 minggu selepas bunga berkembang.  
Baja boleh ditabur di sekeliling kanopi pokok atau membuat poket/lubang (4-6 poket) dan isikannya dengan baja.  Pengapuran boleh dilaksanakan sekiranya pH tanah kurang dari 4.5.
PEMANGKASAN
Tujuan aktiviti pemangkasan adalah:-

Untuk membentuk pokok yang mempunyai daun-daun seimbang;

Untuk memastikan semua bahagian-bahagian pokok menerima pancaran matahari dan pengedaran udara yang maksimum; dan


Untuk mendapatkan pokok subur dan produktif.


Terdapat dua jenis pemangkasan:
Cantasan pembentukan terbuka tengah
Cantasan penjagaan

Untuk mendapatkan pokok yang subur dan penghasilan tinggi, program pembajaan disyorkan seperti dalam jadual di atas.  

Masa yang sesuai untuk membaja adalah pada awal musim hujan. 
Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai ialah selepas bunga berkembang


Cuma apabila ia berbuah, kita kan perasan buah agak berkulit tebal. Tiadak berbuah lebat seperti rambutan.

Cara memakan buahnya yag masak merah,adalah memulas buahnya, kulitnya yang tebal akan berbuka dan kita boleh menikmati manisnya isinya,


Sekian dulu, terima kasih


Berkongsi ilmu, Nyalakan impian saya, RM 1.00 
                       A/C: CIMB BANK    06080028500526



Diari Tani- Panduan Tanaman Nangka Mastura Di Tepi Rumah

KU biasa makan buah nangka:

pokok nangka

Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla) merupakan spesies  pokok  dalam keluarga mulberi (Moraceae)  , yang merupakan pokok tempatan di  Asia Tenggara  dan Selatan

Nangka mastura adalah baka baru nangka kepada para petani dan bernilai besar untuk diusahakan dalam pasaran sekarang.

Buahnya agak besar , isinya agak besar dan kurang rerambut isi dalam buahnya.

Pokoknya berdahan rendah dan berdahan banyak.

Harga buah nangka madu mastura agak lumayan sekarang.



Iklim

Pokok nangka mastura sesuai ditanam di kawasan rendah beriklim tropika.

Taburan hujan tahunan 2540 mm sementara suhu optimum di antara 27o - 31oC.

Tanaman nangka mastura  agak tahan kepada ketegasan kekurangan air tetapi kemarau yang melebihi dua bulan kurang sesuai untuk tanaman ini melainkan pengairan dapat disediakan.  

Tanaman nangka mastura juga tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah dibanjiri.


Faktor tanah

Tanah gembur dalam, mendatar atau berbukit tidak terlalu curam dan bersaliran baik adalah sesuai untuk tanaman nangka mastura. manakala kawasan yang senang bertakung air tidak sesuai perlu dielakkan atau dilengkapi pengairan air yang baik.


Tanaman nangka mastura lebih sesuai dengan tunggal / selingan dengan tanaman lain:

Tumbesaran pokok nangka mastura amat mudah  terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut dan ini boleh menyebabkan permukaan tanah akan terlindung dan wujudnya satu keadaan persekitaran yang lembab. 

Keadaan lembab akan menggalakkan kejadian penyakit bakteria.



Pemangkasan

Pokok nangka mastura memerlukan cantasan bersistematik dari peringkat awal pertumbuhan untuk membentuk kanopi yang diingini.

Aktiviti pemangkasan melibatkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting, dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak; berpalis; bertindih; bergeser atau berpenyakit.


Pemangkasan pembentukan adalah untuk memperolehi bentuk pokok yang dikehendaki dan perlu dilakukan pada tahun pertama apabila berumur 3-6 bulan selepas ditanam.

Perseimbangan pokok ditentukan oleh jarak dan kedudukan dahan-dahan primer.  

Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, seeloknya percabangan dahan primer dibiar tumbuh di sekeliling batang utama dengan jarak yang sama.  

Buah dahan-dahan yang terlalu rapat pada sesuatu bahagian pokok.  Lakukan pemangkasan ini dari semasa ke semasa bermula dari tahun pertama, kedua dan tahun ketiga.

Pembajaan 

Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah hujung kanopi.  

Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan.; 

Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai.


Pengairan 

Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok nangka mastura telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. 

Sistem pengairan yang sesuai untuk ladang adalah sistem pengiaran titis.  Ini adalah kerana sistem pengairan titis memerlukan kos pembangunan, operasi dan penyelenggaraan yang rendah serta mempunyai kecekapan pengairan yang sangat baik.

Didalam sistem ini, air yang ditapis itu dibekalkan terus kepada setiap pokok nangka secara perlahan dan kerap melalui penyebar-penyebar yang dipasang pada satu rangkaian paip di lokasi-lokasi yang ditentukan.


Selain daripada mengalirkan air kepada tanaman nangka, sistem ini juga boleh digunakan untuk tujuan membaja.


PENJARANGAN BUAH

Untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan pokok bagi mengelakkan dahan sekah serta mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah.  

Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas buah terjadi apabila putik buah telah mencapai ukuran 20-25 cm panjang dan 6-8 cm garis pusat.

Pengeluaran buah berlaku sepanjang tahun bergantung kepada penjagaan dan pengurusan ladang yang betul.  

Untuk mendapat buah yang besar, hanya dua buah terbaik sahaja dibenarkan membesar bagi setiap pokok.







Sekian dulu , terima kasih

Berkongsi ilmu, Nyalakan impian saya, RM 1.00
                       A/C: CIMB BANK    06080028500526

Diari Tani- Panduan Tanaman Chiku Di Tepi Rumah

KU ingin tanam:

 


Ciku merupakan tanaman yang lasak dan mudah tumbuh di kebanyakan kawasan tropika.

Ciku boleh hidup dengan subur dan mengeluarkan hasil yang opstimum dalam keadaan tertentu.

Kawasan yang mendapat hujan antara 125-250 cm setahun adalah sangat sesuai bagi pertumbesaran pokok ciku. Suhu yang diperlukan bagi tanaman ini adalah antara 11-34oC.

Ciku juga boleh hidup di kebanyakan jenis tanah yang terdapat di Malaysia seperti mineral, asid salfat dan gambut.


Pokok ciku boleh dibiakkan dengan kaedah tut dan kaedah cantuman baji.

Kaedah tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah.

Kelemahan  Pokok tut adalah mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan yang mengalami angin kencang.

Lagi satu cara menanam ialah dengan teknik keratan batang.

Penanaman
Jarak tanaman yang disyorkan adalah 18' x 18' bagi penanaman padat. Jarak tanaman ini akan menghasilkan 336 pokok bagi satu hektar. K dan mengamalkan kaedah penanaman padat ini, pengeluaran hasil dapat ditingkatkan kepada dua kali ganda. Penanaman sebaiknya dilakukan dalam musim hujan supaya meringankan kerja-kerja penyiraman.

Pengairan

Walaupun pokok ciku sejenis tanaman yang lasak, sistem pengairan perlu dibuat untuk menjamin pertumbuhan anak pokok tidak terbantut. Sistem pengairan yang disyorkan ialah sistem pengairan titis. Pemasangan saluran PVC berukuran 2 inci daripada sumber air merentasi tengah ladang dan disambungkan kepada getah saliran titis yang direntang sepanjang baris tanaman. Muncung saliran titis dipasang pada saluran berhampiran pangkal setiap anak pokok.

Bagi menjimatkan belanja tenaga atau bahan api, adalah disyorkan supaya sumber air dapat disalirkan daripada tangki takungan air yang berada di tempat tinggi.

Kaedah ini membolehkan air disalirkan pada setiap masa dengan tekanan graviti.


Pembajaan
Pembajaan perlu dilakukan mengikut jadual. Baja dagangan 15:15:15 disyorkan pada tahun pertama dan kedua. Pada tahun-tahun yang berikutnya baja dagangan ditukarkan kepada 12:12:17:2.


Petua/ Tips  untuk pokok mangga dan pokok chiku.

Pokok mangga dan pokok chiku digalakkan di tanam di tanah yang berbusut atau, berbukit.

Sifat pokok ini memerlukan tanah yang agak kering sepanjang masa.

Pokok mudah berbunga , dan berbuah lebat( pembajaan yang baik perlu ada) pada musim panas.

Pokok akan lambat berbuah dengan jarang di kawasan sentiasa berair

Perhatikan tanah yang sesuai untuk tanaman kita di rumah. Mudah untuk anak cucu kita nanti

Sekian dulu ,terima kasih


Diari Tani- Panduan Tanam Pokok Dokong Di Tepi Rumah

KU nak tahu:


buah dokong

Perhatian:

Pokok dokong tidak dapat bertahan lama akibat banjir.

Pokok dokong akan mula berdaun kuning dan beransur mati.

Pokok dokong mudah diserang serangan larva pada kulit pokok. 

Pokok dokong menjadi seakan kulit berkuping-kuping  menyebabkan pokok dokong semakin membesar dan  lambat berbuah.

Keempat, cantasan dahan yang berlebihan diperlukan unuk membuang bahagian yang tidak berguna.

Tanda pokok dokong telah membesar dan mencapai kematanganya apabila banir pokok  telah kelihatan.  Pokok dokong akan berbuah dan perlu sentiasa dibaja untuk mendapatkan hasil yang baik.




Menanam pokok dokong:

Jarak pokok dokong  yang disyorkan ialah diantara 9.0 - 12.00 meter.  

Pokok dokong  yang tumbuh sendiri hidup subur di celah-celah pokok lain. 

Purata jarak di antara pokok yang telah matang dianggarkan sejauh 4.5 meter.

Penjagaan
Naungan:
Pokok dokong  memerlukan keadaan yang redup, sejuk dan lembab di sepanjang masa. 
Semak dan pokok-pokok kecil yang sentiasa menutupi tanah supaya sejuk.  

Dusun yang kurang dinaungkan akan merendahkan hasil kerana keadaan yang lapang dan terbuka menyebabkan pokok mudah diserang penyakit matirosot.

Membaja:
Pokok dokong tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti membaja, merumput atau mencantas.  

Hasil yang tinggi ditentukan oleh tanah yang subur; kawasan yang sesuai dan naungan yang mencukupi.  

Mungkin pokok-pokok naungan ini membantu memperkayakan baja organan yang terkandung dalam tanah hasil daripada bahan-bahan tumbuhan yang reput. 

Bahan baja semulajadi ini seterusnya mengurangkan keperluan baja tambahan bagi pokok dokong

Memungut Hasil:

Pokok dokong biasanya mula berbuah setelah berumur 12 tahun. 

Pokok dokong akan  berbuah setahun sekali dan kadang-kadang terdapat juga buah di luar musim. 

Pokok dokong berbunga dalam bulan Jun dan mengambil masa 4 bulan sehingga buah masak.  

Buah dokong akan mula dipetik dalam bulan Oktober hingga November.  Hasil yang diperolehi dari satu pokok yang berumur 50 tahun ke atas biasanya ialah 240 - 300 kg (4-5 pikul) semusim.  Bagi satu pokok buahnya habis di petik dalam masa 2-4 minggu.


Sekian dulu,  terima kasih

Diari Tani - Panduan Tanaman Pokok Durian Di Tepi Rumah

KU baru tahu:




Iklim

Pokok durian  memerlukan persekitaran yang panas dan lembap sama seperti yang terdapat di hutan tropika bagi membantu pertumbuhan vegetif.  

Tanaman pokok durian hidup dengan subur di kawasan-kawasan di mana suhunya diantara 27-32oC, mendapat hujan diantara 1,800-4,000 mm setahun, mengalami musim kemarau antara 1-3 bulan, mempunyai peredaran udara dan angin yang baik serta mendapat cahaya matahari sepanjang tahun.

Kelembapan tanah yang diperlukan oleh pokok durian adalah lebih kurang 80%. 

Dalam keadaan kelembapan tanah yang tinggi, pokok-pokok durian berupaya menghasilkan pucuk-pucuk baru sekali setiap bulan, berbeza dengan pokok buah-buahan yang lain.

Lebih kurang 90% dari tunas hujung baru berupaya menghasilkan daun baru.

Pada peringkat pertumbuhan vegetatif, anak pokok durian sangat peka kepada keadaan kemarau. 

Pengairan diperlukan untuk mengelakkan kematian.  Ini adalah kerana sistem akarnya yang sangat cetek dan mudah ketandusan air.

Apabila mencapai peringkat matang pokok durian memerlukan satu jangkamasa musim kering diantara 1-3 bulan untuk mempengaruhi proses pembungaan dan pembuahan tersebut.

Masa yang kritikal bagi perkembangan buah ialah kira-kira 4 minggu selepas bunga kembang.  Ini disebabkan pada waktu tersebut, kadar pertumbuhan dan pembesaran buah adalah tinggi.  Oleh itu air yang berlebihan menyebabkan pokok menghasilkan pucuk baru. 

Keadaan ini menyebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahan makanan antara buah muda dengan daun baru yang boleh menyebabkan buah gugur.


Faktor Tanah

Pokok durian memerlukan tanah yang dalam, subur dan gembur kerana tanah-tanah tersebut mempunyai pengudaraan dan struktur yang baik untuk pertumbuhan akar.

Tanah jenis lom hingga lom berpasir adalah paling sesuai.  Tanah jenis lom lempung (clay loam) juga sesuai bagi tanaman durian tetapi memerlukan perparitan yang sempurna kerana durian tidak tahan dalam keadaan air bertakung.

Tanah jenis lom dan lom berpasir banyak terdapat di lereng-lereng bukit. 

Walaupun tanah-tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman durian, tetapi ia tidak tahan dengan musim kemarau yang terlalu panjang. 

Penanaman pokok durian di kawasan yang mengalami kemarau panjang, seperti di Utara Semenanjung, memerlukan sistem pengairan bagi menggalakkan pengeluaran hasil yang baik.


Penanaman

Anak pokok durian memerlukan sedikit lindungan pada peringkat awal tumbesaran bagi mendapatkan pertumbuhan yang subur, cergas dan sempurna.  

Adalah disyorkan supaya kawasan ladang ditanam dengan tanaman yang boleh memberikan naungan sementara seperti pisang. 

Untuk tujuan demikian, tanaman naungan perlulah ditanam 6 bulan lebih awal daripada tarikh penanaman durian.  

Jarak tanaman bagi pisang ialah 3m x 3m.



PEMBAJAAN

Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan. 

Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-4 kali setahun.  

Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari hujung kanopi.

Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres atau di tapak gajah.  Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang sedalam 10 cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru.  Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah.

Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah selepas musim buah sehingga satu bulan sebelum musim bunga.

Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan agar baja yang diberikan dapat diserap oleh pokok dengan seberapa banyak. 

Pembajaan pada musim kemarau perlu dielakkan kecuali sistem pengairan yang baik dapat diwujudkan.  

Pengapuran amat penting bagi mendapatkan pH yang optimum bagi tumbesaran pokok durian.  Pengapuran adalah disyorkan dengan menggunakan GML (Ground Magnesium Limestone) 



PEMANGKASAN

Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok.  

Kerja-kerja membentuk pokok hendaklah dilakukan secara berterusan bermula dari 3-6 bulan selepas tanam.  Pada peringkat ini dahan-dahan primer yang berlebihan dan bersudut kecil hendaklah dibuang kerana ianya bersaing dengan batang utama dan akan memberi masalah kelak.

Apabila pokok telah membesar, dahan-dahan yang mencecah tanah, terlalu rapat, bertindih dan bersudut sempit hendaklah dibuang. 

Dahan-dahan yang berpenyakit juga perlu dibuang dengan segera bagi mengelakkan dari berjangkit ke dahan yang lain. 

Dahan perlu dipotong seberapa dekat yang boleh dengan dahan/batang asal.  Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat agar bahagian yang luka tidak dijangkiti penyakit.




Sekian dulu,  terima kasih


Berkongsi ilmu, Nyalakan impian saya, RM 1.00
                       A/C: CIMB BANK    06080028500526

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI