KU biasa makan buah nangka:
pokok nangka |
Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla) merupakan spesies pokok dalam keluarga mulberi (Moraceae) , yang merupakan pokok tempatan di Asia Tenggara dan Selatan
Nangka mastura adalah baka baru nangka kepada para petani dan bernilai besar untuk diusahakan dalam pasaran sekarang.
Buahnya agak besar , isinya agak besar dan kurang rerambut isi dalam buahnya.
Pokoknya berdahan rendah dan berdahan banyak.
Harga buah nangka madu mastura agak lumayan sekarang.
Iklim
Pokok nangka mastura sesuai ditanam di kawasan rendah beriklim tropika.
Taburan hujan tahunan 2540 mm sementara suhu optimum di antara 27o - 31oC.
Tanaman nangka mastura agak tahan kepada ketegasan kekurangan air tetapi kemarau yang melebihi dua bulan kurang sesuai untuk tanaman ini melainkan pengairan dapat disediakan.
Tanaman nangka mastura juga tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah dibanjiri.
Faktor tanah
Tanah gembur dalam, mendatar atau berbukit tidak terlalu curam dan bersaliran baik adalah sesuai untuk tanaman nangka mastura. manakala kawasan yang senang bertakung air tidak sesuai perlu dielakkan atau dilengkapi pengairan air yang baik.
Tanaman nangka mastura lebih sesuai dengan tunggal / selingan dengan tanaman lain:
Tumbesaran pokok nangka mastura amat mudah terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut dan ini boleh menyebabkan permukaan tanah akan terlindung dan wujudnya satu keadaan persekitaran yang lembab.
Keadaan lembab akan menggalakkan kejadian penyakit bakteria.
Pemangkasan
Pokok nangka mastura memerlukan cantasan bersistematik dari peringkat awal pertumbuhan untuk membentuk kanopi yang diingini.
Aktiviti pemangkasan melibatkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting, dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak; berpalis; bertindih; bergeser atau berpenyakit.
Pemangkasan pembentukan adalah untuk memperolehi bentuk pokok yang dikehendaki dan perlu dilakukan pada tahun pertama apabila berumur 3-6 bulan selepas ditanam.
Perseimbangan pokok ditentukan oleh jarak dan kedudukan dahan-dahan primer.
Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, seeloknya percabangan dahan primer dibiar tumbuh di sekeliling batang utama dengan jarak yang sama.
Buah dahan-dahan yang terlalu rapat pada sesuatu bahagian pokok. Lakukan pemangkasan ini dari semasa ke semasa bermula dari tahun pertama, kedua dan tahun ketiga.
Pembajaan
Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah hujung kanopi.
Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan.;
Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai.
Pengairan
Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok nangka mastura telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah.
Sistem pengairan yang sesuai untuk ladang adalah sistem pengiaran titis. Ini adalah kerana sistem pengairan titis memerlukan kos pembangunan, operasi dan penyelenggaraan yang rendah serta mempunyai kecekapan pengairan yang sangat baik.
Didalam sistem ini, air yang ditapis itu dibekalkan terus kepada setiap pokok nangka secara perlahan dan kerap melalui penyebar-penyebar yang dipasang pada satu rangkaian paip di lokasi-lokasi yang ditentukan.
Selain daripada mengalirkan air kepada tanaman nangka, sistem ini juga boleh digunakan untuk tujuan membaja.
PENJARANGAN BUAH
Untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan pokok bagi mengelakkan dahan sekah serta mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah.
Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas buah terjadi apabila putik buah telah mencapai ukuran 20-25 cm panjang dan 6-8 cm garis pusat.
Pengeluaran buah berlaku sepanjang tahun bergantung kepada penjagaan dan pengurusan ladang yang betul.
Untuk mendapat buah yang besar, hanya dua buah terbaik sahaja dibenarkan membesar bagi setiap pokok.
Sekian dulu , terima kasih
Berkongsi ilmu, Nyalakan
impian saya, RM 1.00
A/C: CIMB BANK 06080028500526