Diari Tani- Kegunaan kayu gelam

KU dapat tahu:
Daun pokok gelam

Hutan gelam menyediakan sumber kayu yang amat berguna kepada bidang pertanian. Hutan gelam terdiri pokok kayu gelam ,tembusu dan akasia.

Hutan ini biasa wujud dikawasan pesisiran pantai dan bertanah pasir beris hitam.

Pokok gelam sering dijadikan sebagai sumber pendapatan penduduk sebagai arang kayu. Mutu arangnya amat berkualiti.

Batang pokok gelam amat berguna di jadikan sebagai tiang pondok atau tiang sokongan tanaman . Batang pokok gelam mampu bertahan sehingga 2 tahun. Batang pokok gelam amat kukuh dan mampu bertahan dalam cuaca yang sering berubah hujan dan panas.

Perkara yang penting, Kulit kayu pokok gelam wajib dibuang. Kulit pokok gelam dikikis sehingga bersih.

Perkara ini dapat mengelakkan kayu mudah reput.Tanda kayu sudah reput adalah berwarna kehitaman.

KU telah gunakan kayu gelam sebagai kayu sokongan kepada tanaman timun batang, Ku dapat mengunakan ia dalam beberapa musim tanaman.

Ia berbaloi kerana kos nya tidaklah mahal dan bertahan lama. Ku telah mengupah penduduk tempatan untuk mengambil dan menghantar kayu gelam ke tapak projek tanaman KU.

Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI