Ku baru tahu:
Mesin memproses sisa makanan
Jika sisa makanan dapat ditukarkan kepada makanan haiwan, ia dapat membantu para penternak mengurang kan kos harga makanan tambahan setiap tahun.
Jika sisa makanan dapat ditukarkan kepada baja, para petani organik dapat memendek masa pemulihan tanah secara semulajadi, masa untuk bermula musim tanaman lebih singkat dan cepat membesar.
Sekian, terima kasih
Mesin memproses sisa makanan
Sisa makanan merupakan antara sampah organik yang menjadi cabaran untuk dilupuskan dengan betul tanpa mencemarkan alam sekitar. Setiap hari restoran, hospital, pasar tani dan sekolah saban hari menghasilkan ratusan tan sisa makanan.
Memang sisa makanan boleh mengurai secara semulajadi. Sementara menunggu masa sisa makanan terurai, ia akan mengeluarkan bau yang busuk dan menjadi sumber pembiakan bakteria berbahaya.
Sisa makanan daripada industri dan domestik merupakan sisa pepejal atau solid waste, maka ia perlu diurus dengan baik supaya tidak menjadi beban kepada masyarakat.
Konsep waste to wealth (W2W) iaitu menukarkan sisa buangan kepada satu hasilan akhir yang menguntungkan dan menjana kekayaan.
Sisa makanan yang bersifat organik, teknologi W2W yang diamalkan ialah menukarkannya kepada bahan kompos sebagai hasilan akhir untuk digunakan sebagai baja atau makanan haiwan.