Diari Tani-Pemugaran Tanah

KU baru tanu:

Pemugaran tanah

Pemugaran amat penting bagi pembukaan tanah baru untuk dijadikan tanah pertanian.

Pemugaran akan memusnahkan anasir-anasir perosak seperti anai-anai yang tersembunyi dalam tanah.

Pemugaran akan mengeluarkan akar atau pangkal pokok yang mereput dan menjadi sumber serangan kulat dlm tanah.

Pemugaran juga memberikan pengudaraan dalam tanah dan memlembutkan tanah bagi tujuan pembinaan batas.   

Pemugaran ialah kerja memecah, menggembur dan menghapus rumpai
  
 Pemugaran primer – kerja mula dilakukan.

Contoh alat pemugaran primer – bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat.
Tujuan pemugaran primer :
-          potong dan balikkan tanah.
-          pecah dan longgar tanah keras
-          sedia permukaan sesuai untuk pemugaran sekunder
Pemugaran sekunder – dilakukan selepas pemugaran primer
Tujuan pemugaran sekunder :
-          musnah rumpai
-          mencampur baja dan kimia pengawal perosak
-          timbus dan gaul sisa tumbuhan
-          musnah atau kawal perosak
-          sedia batas tanaman
-          hasil permukaan tanah halus untuk menyemai atau menanam.
          Contoh alat pemugaran sekunder -  bajak sikat, penggembur dan alat pembatas.



sekian, terima kasih


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul