Diari Tani- Panduan Tanaman Jering Di Tepi Rumah


Jering  amat digemari sebagai makanan ulam.

Zat pemakanan pada jering adalah kalsiam dan besi.

Jering dibuat , direbus, masakan sambal tumis, acar dan jeruk.

Di segi kesihatan, khasiat kedua jenis ulam ini dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis.

Jering berupa pohon yang tingginya mencapai 10-26 m.  Daunnya bersirip ganda dua.  Anak-anak daun muda berwarna ungu-coklat.  Bunganya berumbai tumbuh pada ketiak-ketiak daun yang sudah gugur.  Buahnya berupa lenggai berbentuk pipeh dan berbelit berwarna ungu tua.  Lenggai berisi 5-7 biji yang mempunyai kulit ari tipis berwarna coklat mengkilap.

Jering boleh ditanam di tanah rendah hingga dataran tanah yang tinggi 1,500 m daripada paras laut. Iklim kawasan yang cukup lembap dan panas adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok yang subur.

Tanah mestilah mempunyai saliran yang baik.  Tanah jenis peroi dalam terutamanya di kawasan cerun sedikit adalah paling baik.  Tanah gembur, tanah liat berpasir atau liat peroi juga didapati sesuai.

Jering ditanam daripada biji.  Sebanyak 3-4 biji benih ditanam di dalam beg plastik berukuran 15 cm x 25 cm.  Hanya pilih satu anak benih yang subur sahaja selepas percambahan.

Campuran tanah di dalam beg plastik mengandungi 2 bahagian pasir, 1 bahagian baja asli reput dan 1 bahagian tanah lapisan atas.

Berikan naungan daripada cahaya matahari terik dengan menggunakan daun kelapa pada peringkat permulaan menanam.  Kurangkan lindungan berperingkat-peringkat sehingga ditanam ke ladang.  Anak benih ditanam di ladang apabila lebih kurang 15-20 cm tinggi.

Baja tahi lembu dan tahi kambing amat sesuai digunakan sebagai baja asli.  Baja-baja ini hendaklah dilonggokkan kira-kira 0.6 m - 0.9 m dari pangkal pokok.  Kadar ialah lebih kurang 4 pungkis sepokok, setiap 6 bulan sekali.  Baja-baja ini janganlah ditabur kerna akan menjadi cepat kering dan kurang berkesan.


Apabila pokok jering masih muda, rumpai di keliling pokok boleh dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan.  Rumpai diantara pokok dan di keliling pokok yang lebih matang boleh dikawal dengan semburan paraquat sebanyak 20-25 c.c./4.5 liter air.  Buatkan sungkupan dengan daun-daun dan rumpai kering.

Setelah beberapa tahun, pokok jering akan berbuah.

Sekian, terima kasih

Diari Tani-Panduan Tanaman Petai Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:

Pokokk Petai


Petai  amat  digemari sebagai makanan ulam.  Petai mengandungi banyak zat terutama vitamin A, C dan zat galian.

Petai boleh dibuat, direbus, masakan sambal tumis, acar dan jeruk.  Di segi kesihatan, khasiat kedua jenis ulam ini dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis.


Petai berupa pohon yang tingginya antara 5-25 m. Kini terdapat baka pohon yang rendah dan berdahan rendah.

Daunnya jenis berselang, bipinata dengan anak-anak daun yang kecil.

Kepala bunga berbentuk bebola di hujung julaian tangkai yang panjangnya 20-45 cm.

Setiap kepala bunga menghasilkan beberapa buah petai.

Setiap buah mengandungi 10-18 biji petai berkulit tipis dan berbau menusuk.

Biji petai yang digunakan mempunyai kulit buah yang berwarna hijau ketika matang.

Kulit petai tua bertukar menjadi perang atau hitam.


Petai  boleh ditanam di tanah rendah hingga dataran tanah yang tinggi 1,500 m daripada paras laut. Iklim kawasan yang cukup lembap dan panas adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok yang subur.

Tanah mestilah mempunyai saliran yang baik.  Tanah jenis peroi dalam terutamanya di kawasan cerun sedikit adalah paling baik.  Tanah gembur, tanah liat berpasir atau liat peroi juga didapati sesuai.


Jika menanam anak pokok petai dipastikan diberikan naungan daripada cahaya matahari terik dengan menggunakan daun kelapa pada peringkat permulaan menanam.

Secara beransur-ansur  kurangkan lindungan berperingkat-peringkat sehingga ditanam ke ladang.

Anak benih ditanam di ladang apabila lebih kurang 15-20 cm tinggi.


Jarak tanaman petai secara ladang yang sesuai ialah 15 m x 15 m atau 20 m x 20 m empat segi sama (jaraknya lebih rapat untuk tanah yang kurang subur).  Pancang dan gali lubang sebesar 30 cm x 30 cm x 30 cm dan campurkan tahi lembu dan baja seperti rock phosphate.

Tanam pokok pada awal musim hujan.  Buang beg plastik sebelum menanam pokok.  Selepas menanam, padatkan tanah di sekeliling pokok dan ikatkan pada kayu sokongan.

Baja tahi lembu dan tahi kambing amat sesuai digunakan sebagai baja asli.  Baja-baja ini hendaklah dilonggokkan kira-kira 0.6 m - 0.9 m dari pangkal pokok.  Kadar ialah lebih kurang 4 pungkis sepokok, setiap 6 bulan sekali.  Baja-baja ini janganlah ditabur kerna akan menjadi cepat kering dan kurang berkesan.

Apabila pokok masih muda, rumpai di keliling pokok boleh dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan.  Rumpai diantara pokok dan di keliling pokok yang lebih matang boleh dikawal dengan semburan paraquat sebanyak 20-25 c.c./4.5 liter air.  Buatkan sungkupan dengan daun-daun dan rumpai kering.


Pokok petai biasanya diserang oleh ulat-ulat pengorek batang pada peringkat tumbesarannya.  Penyakit ini juga menyerang pokok dokong.

Sebagai kawalan, kebersihan kebun hendaklah dijaga.  Semburan racun seperti trichlorphon atau gamma BHC 0.1% bahan aktif boleh digunakan untuk serangan yang teruk.

Pokok petai menghasilkan buah selepas 5-10 tahun ditanam dan jering mula berbuah selepas 10-15 tahun ditanam.  Kutip buah daripada dahan tinggi dengan menggunakan kacip bergalah.  Potong tangkal buah serta rantingnya sekali sepanjang 25 cm.

Sekian dulu, terima kasih

Nyalakan Impian Saya- Lawatan Tapak Tanaman Timun



My Dream 
Nyalakan Impian Saya,

Lawatan di tapak tanaman timun batang sahabat,

    

Sekian dulu, terima kasih

IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***



Nyalakan Impian Saya- Tanaman Herba Kunyit Hitam



My dream

Nyalakan Impian Saya,

Tanaman herba yang cuba disemaikan- Kunyit Hitam

Katanya , untuk perubatan





Sekian dulu , terima kasih 



IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***

Nyalakan Impian Saya- Tanaman Kantan



My dream 

Nyalakan Impian Saya,

Tanaman kantan yang sedang dicuba ditanam. Tanaman kantan agak rumit sedikit kerana memerlukan kawasan yang redup, tanah yang lembap sentiasa dan berhumus tinggi,

Perbagal cara untuk menyuburkan tanaman kantan ini.
                                            Kawasan yang redup dan lembap

Dedaun kering/rumput dicabut dikumpulkan untuk dijadikan baja

Sekian dulu, terima kasih


IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***




PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul