Ku nak tahu:
Pokokk Petai
Petai amat digemari sebagai makanan ulam. Petai mengandungi banyak zat terutama vitamin A, C dan zat galian.
Petai boleh dibuat, direbus, masakan sambal tumis, acar dan jeruk. Di segi kesihatan, khasiat kedua jenis ulam ini dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis.
Petai berupa pohon yang tingginya antara 5-25 m. Kini terdapat baka pohon yang rendah dan berdahan rendah.
Daunnya jenis berselang, bipinata dengan anak-anak daun yang kecil.
Kepala bunga berbentuk bebola di hujung julaian tangkai yang panjangnya 20-45 cm.
Setiap kepala bunga menghasilkan beberapa buah petai.
Setiap buah mengandungi 10-18 biji petai berkulit tipis dan berbau menusuk.
Biji petai yang digunakan mempunyai kulit buah yang berwarna hijau ketika matang.
Kulit petai tua bertukar menjadi perang atau hitam.
Petai boleh ditanam di tanah rendah hingga dataran tanah yang tinggi 1,500 m daripada paras laut. Iklim kawasan yang cukup lembap dan panas adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok yang subur.
Tanah mestilah mempunyai saliran yang baik. Tanah jenis peroi dalam terutamanya di kawasan cerun sedikit adalah paling baik. Tanah gembur, tanah liat berpasir atau liat peroi juga didapati sesuai.
Jika menanam anak pokok petai dipastikan diberikan naungan daripada cahaya matahari terik dengan menggunakan daun kelapa pada peringkat permulaan menanam.
Secara beransur-ansur kurangkan lindungan berperingkat-peringkat sehingga ditanam ke ladang.
Anak benih ditanam di ladang apabila lebih kurang 15-20 cm tinggi.
Jarak tanaman petai secara ladang yang sesuai ialah 15 m x 15 m atau 20 m x 20 m empat segi sama (jaraknya lebih rapat untuk tanah yang kurang subur). Pancang dan gali lubang sebesar 30 cm x 30 cm x 30 cm dan campurkan tahi lembu dan baja seperti rock phosphate.
Tanam pokok pada awal musim hujan. Buang beg plastik sebelum menanam pokok. Selepas menanam, padatkan tanah di sekeliling pokok dan ikatkan pada kayu sokongan.
Baja tahi lembu dan tahi kambing amat sesuai digunakan sebagai baja asli. Baja-baja ini hendaklah dilonggokkan kira-kira 0.6 m - 0.9 m dari pangkal pokok. Kadar ialah lebih kurang 4 pungkis sepokok, setiap 6 bulan sekali. Baja-baja ini janganlah ditabur kerna akan menjadi cepat kering dan kurang berkesan.
Apabila pokok masih muda, rumpai di keliling pokok boleh dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan. Rumpai diantara pokok dan di keliling pokok yang lebih matang boleh dikawal dengan semburan paraquat sebanyak 20-25 c.c./4.5 liter air. Buatkan sungkupan dengan daun-daun dan rumpai kering.
Pokok petai biasanya diserang oleh ulat-ulat pengorek batang pada peringkat tumbesarannya. Penyakit ini juga menyerang pokok dokong.
Sebagai kawalan, kebersihan kebun hendaklah dijaga. Semburan racun seperti trichlorphon atau gamma BHC 0.1% bahan aktif boleh digunakan untuk serangan yang teruk.
Pokok petai menghasilkan buah selepas 5-10 tahun ditanam dan jering mula berbuah selepas 10-15 tahun ditanam. Kutip buah daripada dahan tinggi dengan menggunakan kacip bergalah. Potong tangkal buah serta rantingnya sekali sepanjang 25 cm.
Sekian dulu, terima kasih