Diari Tani- Tembikai Hibrid Buatan Malaysia

Sesudah berpuasa

Wujudnya varieti tembikai H25,   para petani mempunyai pilihan terhadap biji benih tembikai import bagi merancakkan lagi industri tanaman tembikai.

Kesemua 21 varieti baru tembikai hibrid yang dikaji dan dihasilkan telah ditanam di ladang bersama-sama induk dan varieti bandingan iaitu Black Sweet untuk tujuan penilaian prestasi.

Varieti H25 lebih baik berbanding Black Sweet dari segi hasil, tempoh matang, ketahanan penyakit dan kurang biji tetapi tiada perbezaan dari segi kemanisan.

Penggunaan varieti baharu tembikai hibrid seperti H25 akan meningkatkan pendapatan petani sebanyak tujuh peratus iaitu dari RM11,400 ke Rm12,198 sehektar.

Dianggarkan potensi hasil varieti baharu tembikai adalah 30 tan sehektar berbanding 28 tahn sehektar.

Para petani  tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada biji benih tembikai import di mana harganya jauh lebih mahal RM55 bagi 20 gram berbanding varieti tempatan RM30 bagi 20 gram.Di samping memberi peluang pasaran kepada syarikat tempatan biasanya dimonopoli syarikat luar negara.

Penghasilan varieti  tembikai hibrid H25 memberikan peluang kepada pengguna tempatan menikmati tembikai yang lebih berkualiti dengan rasa lebih enak.

Varieti tembikai hidrid H25  ini berpotensi untuk ditanam secara komersial oleh petani kerana ia memberikan pulangan hasil yang tinggi dan buah berkualiti.

Biji benihnya H25 mudah didapati dengan harga lebih murah berbanding biji benih import.

Petani dijangka akan meningkat dan pengguna akan dapat menikmati tembikai hibrid yang berkualiti.

Artikel Menarik 


Cara penanaman untuk tanaman tembikai:-

Iklim
Tembikai memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan pengeluaran buah yang bermutu.
Suhu antara 25-35C pada siang hari dan 18-22C pada sebelum malam adalah amat sesuai.
Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang.

Tanah
Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang sederhana iaitu pH 4.5-7.0,.
Tembikai ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai. 

Penanaman
Tembikai ditanam dari biji. Biji benih atau disemai dahulu dalam beg plastik yang dipanggil kerek.Biasanya digunakan oleh petani tembakau

Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg plastik kecil (kerek). Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari. Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah.

Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dengan jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter. Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir. 

Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi.Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram. Sebanyak 1.0-1.5 kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran) dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah.

Setiap lubang ditanam dengan 2 anak benih. Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir musim hujan.

PENJAGAAN
SungkupanSungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering, surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium.

Pengairan
Tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik dan pembesaran buah yang maksimum. Keperluan air adalah kritikal di awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST) dan semasa pembesaran buah (40-45 HST). Sistem pengairan yang digunakan bergantung pada jenis tanah.


Pemilihan Kematangan  Buah Tembikai:-

Penanaman pada musim panas menyebabkan buah matang lebih awal.

Warna Sulur Paut dan Daun Buah Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering. Sulur paut yang kering menandakan buah terlalu matang.

Warna Kulit Buah Yang Bersentuh Tanah Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang.

Menepuk  bauah tembikai  matang berbunyi seperti berongga. Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring.

Urat Pada Jalur bagi buah tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang.

Kekilatan Kulit Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul