Cantasan :
Cantasan pada dahan dilakukan dengan kerap di semua peringkat pertumbuhannya pokok mangga.
Di peringkat permulaan, cantasan membentuk dilakukan supaya dapat mengawal ketinggian pokok mangga dan untuk mendapatkan dahan-dahan yang kuat dan pengeluaran buah yang baik.
Pokok mangga yang matang perlu dicantas selalu supaya dapat mengurangkan pertumbuhan dahan dan daun yang keterlaluan dan memastikan pembungaan yang maksima.
Hasil kesan cantasan:
Pokok mangga yang ditanam boleh berbuah dengan lebat, ia sentiasa memerlukan penjagaan sempurna, selain teknik cantasan yang betul untuk menjadikannya pokok berbuah lebat.
Apabila lebih sedikit dahan dan daun yang ada di pokok mangga, lebih banyak buah yang dapat dihasilkan oleh pokok mangga.
Jika terlalu banyak dahan dan daun pada pokok mangga (mabuk daun), banyak nutrien daripada pokok mangga akan disalurkan kepada daun berbanding penghasilan buah.
Jika lebih banyak daun, bermakna lebih sedikit buah yang akan dihasilkan oleh setiap pokok mangga itu. Pembajaan juga dititik berat agar menjadiakan pokok mangga berbuah lebat
Artikel Menarik
Buah Mangga
Sekian, terima kasih
IKLANKAN
DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN
PERTANIAN ANDA
BOLEH
PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***