Ku nak tahu:
Kelapa Matag
Kelapa Matag
Kelapa matag adalah nama singkatan bagi kacukan antara varieti kelapa 'Malayan Tall' dangan kelapa 'Tagnanan' yang dicantumkan menjadi 'MATAG'
Kelapa Matag mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa tua.
Perniagaan air kelapa muda amat memerlukan bekalan kelapa muda yang tetap. Kelapa matag yang mampu mengeluarkan hasil yang cepat.
.
Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN KELAPA
Faktor Iklim
Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar tunjang.
Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun. Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk tanaman kelapa.
Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC. Kawasan yang terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk tanaman kelapa.
Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000 jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80-90%.
Kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut. Tanaman kelapa yang ditanam pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit.
Faktor Tanah
Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.
Sekian, terima kasih