Diari Tani- Potensi Ikan Puyu


Ku nak tahu

     
 


Ikan Puyu merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak.Ikan puyu mempunyai ketahanan lebih tinggi dibandingkan kepada ikan keli dan ikan haruan.

Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama bagi ikan puyu.

Ikan puyu bersisik dan bersirip keras memudahkan  bergerak di atas tanah yang berair.

Pada musim hujan kebanyakkanya ikan puyu akanberhijrah dengan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.

Ikan puyu sejenis ikan yang suka berhijrah ke kawasan baru.Di kawasan berhampiran dengan paya atau ketika air banjir surut, kelihatan ikan puyu merayap jauh di atas jalan atau rumput.

Ikan puyu juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.

Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain. Khasiat ikan puyu bergantung sumber makanan disekeliling habitat.

Ikan puyu yang tinggal di sawah dimana padi dimakan oleh ikan puyu , mempunyai isi lebih lazat. Kebiasaan saiz ikan puyu agak gemuk dan berlemak.

Ikan ini dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita.

Potensi ikan puyu
Ikan puyu mulai diternak secara komersial memandangkan terdapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan pemborong dan pengusaha industri makanan seperti kedai makan, restoran, hotel dan pasar borong.

Perniagaan ikan perkasam juga memerlukan ikan puyu sebagai sumber pilihan. Malahan ada yang mengemari perkasam ikan puyu.

Berpotensi tingi untuk diusahakan kerana ikan puyu  adalah sejenis ikan yang paling mudah diternak kerana  ikan ini tahan lasak (tough), susah mati, air breather, dan boleh makan sumber makanan diberikan.

Habitat
Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama ikan puyu.

Ikan puyu ini hidup berkumpulan dan mudah di jumpai dikawasan air yang bersih serta mempuyai sumber makanan yang banyak. Apabila dipancing sesuatu kawasan, hanya ikan puyu yang diperolehi.Umpan digemari seperti anak kerengga, belalang padi, ulat lundi , ulat buluh dan kelkatu.

Ikan puyu boleh dikesan dengan memerhatikan riak dipermukaan air.

Ikan puyu akan perlu kepermukaan air untuk megambil udara. Ikan puyu sangat aktif pada waktu petang dan gemarkan stuktur sungai atau parit.

Sekian terima kasih
 
IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul