Diari Tani- Warna Tanah Lambang Kesuburan Tanah

KU baru tahu:

Setelah kita membuka tanah pertanian baru, warna tanah boleh memberitahu akan kesuburan semulajadi  tanah.

Oleh itu, kita boleh mengagak akan keperluan baja dan nutrien yang diperlukan.

Dengan itu  kita mengagak tanaman yang amat sesuai dengan tanah tersebut .

Di sini , ada sedikit penerangan warna tanah. 

Warna tanah

1.       Warna menggambarkan keadaan fizikal tanah, kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
2.       Tanah berwarna gelap (hitam keperangan) lebih subur.
3.       Tanah pudar (kekuningan) – paling tak subur.
4.       Tanah sederhana gelap (perang kekuningan) – sederhana subur

Warna tanah
Ciri-ciri tanah berdasarkan  warna
Merah
·kandungan oksida ferum
·saliran dan pengudaraan baik
·terdapat di lereng bukit
·sesuai tanaman getah dan kelapa sawit
Perang
·Kandungan oksida ferum dan bahan organik
·Saliran baik
·Subur
Kelabu
·Oksida ferum dan oksigen kurang
·Saliran kurang baik dan menakung air
·Kurang beroksida
·Pengudaraan kurang baik
·Sesuai tanaman padi
Kehitam-hitaman
·kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi
·menakung air dan pH rendah
·bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen
·tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar.
·Tanaman sesuai – nanas dan sayuran
Putih
·Banyak kandungan liat dikenali sebagai koalinit.
Kuning
·Oksida ferum berpadu dengan air.
·Saliran baik
·Lebih lembap berbanding tanah merah                                                                    
                                                                                                                                                 
                                                                                                                                                 

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI