Diari Tani- Kebaikan Bahan Organik



 KU nak tahu:


       

Tanaman amat  memerlukan bahan organik dalam tanah atau medium tanaman.

Jangka hayat tanaman yang menggunakan baja atau bahan organik mempunyai jangka hayat yang panjang.

Pembesaran pokok agak besar dan kuat apabila ditiup angin.

Hasil tanaman lbh bermutu dan mampu bertahan tempoh lama di pasarkan berbanding tanaman menggunakan banyak baja kimia.

Keaslian rasa hasil tanaman juga berbeza.


Kesan baik bahan organik atau baja organik

1.       Membekal nutrien kepada tumbuhan\ tanaman
·          Mengandungi N,P,K,Ca dan Mg. ( Zat yang terpenting dalam tanah)

2.       Membaiki struktur tanah dan mengekalkan kesuburan tanah  
·          humus sebagai bahan pelekat – melekatkan kumin tanah membentuk agregat tanah.
·          susunan agregat ini dipanggil butirapuh. Susunan agregat butirapuh memberi pengudaraan dan saliran yang baik.

3.       Menambahkan daya penampungan air tanah.
·          bahan organik dicampur dengan tanah pasir menambah daya penampungan air.


              4.   Menghalang kehilangan nutrien dalam tanah.
·          pereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas yang berupaya menarik ion Ca, K, Mg, Fe, Zn, Bo.
·          Ion ini diikat  pada bahan organik kerana bahan organik bercas negatif  dan tidak mudah hilang melalui larutresapan.


 sekian , terima kasih




PERTANIAN ADALAH PERNIAGAN

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI