Diari Tani- Kebaikan Daging Kambing

KU baru tahu:
 
Sebenarnya, daging kambing mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang terendah di kalangan ternakan ruminan iaitu biri-biri, lembu dan kerbau.

Daging kambing telah terbukti secara saintifik mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah berbanding daging biri-biri. Orang ramai masih terkeliru membeza kebaikan  daging kambing tempatan dengan daging biri-biri( terutama yang diimport)

Kajian saintifik telah membuktikan kandungan kolesterol dan lemak pada daging kambing adalah lebih rendah dari daging biri-biri, lebih-lebih lagi apabila sembelih pada umur kurang dari setahun. 

Perhatian , kandungan lemak pada daging kambing adalah antara dua dan tiga peratus sahaja berbanding daging biri-biri pula mengandungi lemak antara 12 ke 13 peratus. 

Jika ke pasaraya atau kedai daging,kita lihat  tiadanya lemak pada keratan daging kambing berbanding  pada keratan daging biri-biri lapisan-lapisan lemak yang tebal amat ketara. 

Bulu kambing jantan dewasa biasanya berbau hamis tapi  kambing jantan muda tidak berbau hamis. 

Daging kambing dewasa tidak akan berbau hamis jika penyembelihan dilakukan berpandu kepada kaedah yang betul atau mengikut petua atau amalan tradisional.

Sekarang wujud teknologi terkini mampu menyahkan tisu yang menghasilkan bau hamis pada kambing jantan melalui prosidur yang dinamakan de-odorising yang dilakukan pada peringkat anak. 

Sekian, terima kasih

Sila Cliks di sini :

Kebaikan Daging Kambing

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul