Diari Tani-Keasidan Tanah

Ku nak tahu:

http://cgz.e2bn.net/e2bn/leas/c99/schools/cgz/accounts/staff/rchambers/GeoBytes/GCSE/Case%20Studies/Acid_Rain.jpg 

Puncanya :
1. Cuaca- iklim tropika- tanah berilkim tropika bersifat asid kerana larut resapan air hujan sepanjang tahun.

2. Kandungan bahan induk- Jika kawasan mengandungi batu granit mengandungi aluminium. Maka aluminium akan bertindak secara hidrolisis keluarkan ion hidrogen. PH tanah akan menurun

3. Larutresapan- Akibat hujan turun sepanjang tahun, tanah akan kehilangan ion Ca, Mg dan K melalui resapan dalam tanah.

4. Penggunaan baja kimia- Petani lebih suka menggunakan baja kimia.
    Seperti baja kimia , Amonium sulfat yang akan menghasilkan ion NH+. Maka pH tanah akan menurun.

5. Penambahan asid karbonik dan asid nitrik - kehadiran gas CO2 dan NO2 di atmosfera akibat pencemaran udara akan larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah.

Asid lemah tersebut adalah asid karbonik dan asid nitrik.

6. Pereputan bahan organik- perepuatan bahan organik akan menghasilkan asid organik yang kan melemahkan pH tanah.

Sekian, terima kasih   

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul