Ku nak faham::
Kesuaian tanaman= tembakau, gajus,tanaman keledek, kenaf, kelapa, tembikai, sayuran, mangga, belimbing, nangka, roselle, dan limau.
Penggunaan baja
Baja yang diperlukan untuk tanah bris lebih tinggi dari pada tanah biasa. Baja diberikan secara sedikit-sedikit tetapi kerap.
Kehilangan baja melalui larut resap sering terjadi selepas hujan.
Baja organik amat diperlukan untuk membaiki struktur tanah supaya dapat meninggikan daya pegangan air, mengalakkan aktiviti mikroorganisma dan mengurangkan rongga air.
Sungkupan organik diperlukan kerana:
1.mengelakkan kehilangan air dan nitrogen
2.menyejukkan permukaan tanah
3.mengurangkan pertumbuhan rumpai
4.menjadi baja bila reput
5.meningkatkan bahan organik dalam tanh
6.memperbaiki struktur tanah
Pengairan
Digalakkan sistem sprinkler atau drip
Tanaman kekacang diperlukan untuk mengawal suhu tanah disamping menambah unsur nitrogen ke dalam tanah.