Diari Tani- Panduan Tanaman Tebu Di Tepi Rumah

Ku ingin tahu:
                                      
                                                  

Tebu  merupakan tanaman yang mudah dijaga dan mampu memberi hasil terbaik .

Penanaman tebu perlukan usaha dan perancangan  yang  bersungguh-sungguh.

Permintaan yang tinggi ketika musim perayaan dan musim cuaca panas terik.
Penanaman tebu boleh menjanjikan keuntungan yang lumayan jika  mengusahakan ladang komersial sekurang-kurangnya bersaiz lima ekar dan ke atas,

Ini kerana bekalan tebu sentiasa dapat dibekalkan kepada peniaga dan pendapatan yang tetap kepada petani.

Satu kitaran tanaman tebu, ia biasanya mengambil masa antara tujuh hingga lapan bulan untuk matang dan mempunyai jangka hayat empat tahun.

Ada beberapa cara menanam yang boleh dipraktikan dlm menanam tebu telur nie..Aku cadangkan beberapa teknik tanam...
a) tanaman secara kekal
b) tanam secara bermusim
c) tanaman bergilir

Tanaman Secara Kekal
- Biasanya tebu ditanam dalam baris menggunakan pucuk atau batang..klu batang pastikan mata tebu tidak rosak. Jarak yang dicadangkan 100-110cm antara pokok dan antara baris 4-6 kaki.
Kedalaman lubang lebihkrg 1 kaki.PENTING..letakkan benih dalam lubang JANGAN ditimbus. Biarkan benih dalam lubang..Pastikan benih DISIRAM jika hujan x turun.Dalam tempoh seminggu anak benih akan bertunas...Apabila benih tebu mencapai ketinggian yg sesuai barulah tanah ditimbus dan digemburkan...

Tanaman Secara Bermusim
- Cara tanaman jenis nie dijalankan di China..Tebu ditanam rapat-rapat dalam baris..
Jarak antara baris 4 kaki..Kayu penyokong dibuat pada bahagian depan dan belakang baris pokok tebu kemudian tali diikat antara 2 tiang td..pokok tebu akan tumbuh lurus..rujuk gambar diatas..tebu yg mencapai tempoh matang akan ditebang keseluruhannya..

Tanaman Bergilir
- Cara tanaman sama seperti tanaman bermusim..anak pokok tebu yang baru tumbuh dipotong dan dipindahkan ke tapak yg baru..cara ini akan diulang bagi mengekalkan bekalan tebu sentiasa mencukupi.

Masalah utama:

1. Angin akan menyebabkan pokok tebu tumbang dan akhirnya rosak. 
2. Penyakit yang sering menyerang tanaman tebu adalah ulat pengorek batang yang merupakan sejenis kulat.
Cara Penyelesaian

Pada peringkat awal tanaman, pokok-pokok tebu akan diberikan baja dan racun setiap tiga bulan sekali

Tips Tambahan
Bekalan air sangat penting bagi mengelakkan pertumbuhan pokok terencat.

Sekian dulu, terima kasih


Artikel menarik:

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul