Diari Tani - Panduan Tanaman Ubi Gajah


Ku baru tahu


 
 Ubi Gajah

Ubi gajah biasa ditanam di kampung secara sambilan di kampung.

Tanaman ubi gajah adalah tanaman agak lasak dan dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Teknologi terkini dengan penemuan  resin bioplastik daripada kanji jagung, ubi kentang dan ubi gajah. Bahan-bahan asas ini dijadikan sumber asas pembuat plastik mudah lupus dan   mudah hancur di dalam tanah.

Lebih 10 tahun lalu resin bio untuk pembuatan bioplastik adalah berasaskan daripada jagung dan ubi kentang.

Kanji daripada jagung dan ubi kentang itu telah menimbulkan tanggapan 'makanan untuk plastik'.

Kedua-dua tanaman itu daripada sumber tanaman yang telah diubah suai genetiknya, beracun, berbahaya kepada persekitaran dan bermusim.

Cawan dan mangkuk makanan  diperbuat daripada polisterin tidak sesuai  dalam peyediaan  makanan kerana ia sebenarnya boleh membahayakan kesihatan dan mengancam alam sekitar.


Barangan plastik mudah urai atau terbiodegradasi dan kertas yang mudah dilupuskan amat sesuai mengantikan cawan dan mangkuk makanan polisterin.

Negara maju tidak menggunakan polisterin sebaliknya menjadikan kertas sebagai pembalut bahan makanan.
Hasil penyelidikan menunjukkan sterin dan benzin dalam produk polisterin mendatangkan kesan penyakit melibatkan rasa berdebar dan mencemarkan alam.

Penggunaan beg plastik pada masa kini untuk membungkus atau membalut makanan. Beg plastik konvensional yang berasaskan bahan petroleum tidak mudah mereput apabila ditanam di dalam tanah dan akan menyebabkan masalah kepada alam sekitar.

Produk bioplastik atau plastik terbiodegradasi (mereput) apabila dilupuskan akan bertindak balas cepat kesan aktiviti bakteria dalam tanah dan bertukar bentuk menjadi unsur bahan karbon secara kitaran semula jadi.

Faedah untuk alam sekitar dengan mengurangkan kesan karbon hasil penggunaan bioplastik.
 
Harga atau kos pengeluaran bioplastik terbiodegradasikan bukan satu halangan jika dipertimbangkan kesan 'positif' terhadap alam. 

Bantuan kepada pengilang tempatan untuk membuat produk plastik terbiodegradasikan daripada kanji dan bahan yang bersesuaian.


Diakuinya, modal menanam ubi gajah ini harus besar atau jauh berbeda dengan modal penanaman ubi kayu biasa dan ubi kayu jenis celub bibit.

Dia pun menjelaskan cara penanaman ubi gajah ini, dimana jarak tanamnya 1 m hingga 1,5 m. “Harga bibit ubi gajah ini Rp2000/bibit dengan masa panen satu tahun dan dapat menghasilkan 50 kg hingga 60 kg per pohon bila panen. Sedangkan untuk ubi celub bibit, masa panen satu tahun dengan jarak tanam 50 cm sampai 80 cm dan dapat menghasilkan 7-10 kg per pohon,”paparnya.

Baru-baru ini, lanjutnya, tanaman ubi gajah ini telah terbukti sukses di daerah Parapat, dengan panen perdana dengan jenis celuk bibit menghasilkan 10 – 15 kg per pohon. Sebelum penanaman ubi gajah, lahan harus diberi pupuk kandang jenis kotoran lembu dan dolamit untuk menetralkan tanah kembali subur dan menghilangkan jamur, setelah tanaman ubi kayu berumur satu bulan diberi pupuk Urea. NPK Poshca, KCL dan pupuk 88. Jenis pupuk 88 petani yang bergabung dalam FKAMATA diperoleh dari PT BUMI SARI PRIMA dengan harga Rp 55,000 per 50kg, ujarnya.


Sekian dulu, terima kasih

Artikel menarik *

Diari Tani-Panduan Tanaman Rock Melon Di Tepi Rumah

KU ingin belajar:

   
Rock Melon


© Utusan Melayu (M) Bhd
Penanaman rock melon secara fertigasi menggunakan struktur pelindung hujan (SPH) amat diperlukan kerana mengurangkan pengaruh cuaca terhadap tanaman.

Ini terbukti  seorang pengusaha tanaman rock melon, menceburi bidang tanaman secara fertigasi membantunya menambah pendapatan dengan lebih cepat.

Penanaman moden ini  boleh satu  perniagaan  tetap dan stabil , memberikan sepenuh masa dan  tumpuan penuh terhadap tanaman rock melon.
  
Bermula diri tidak memiliki sebarang pengetahuan asas dalam bidang pertanian secara fertigasi pada peringkat awal , namun atas minat dan kesungguhannya, kini dia merupakan antara pengusaha rock melon yang berjaya.

Berkongsi pengalaman kali pertama mengusahakan tanaman tersebut,  segala usahanya bermula pada tahun 2007 dengan rock melon ditanam atas tanah seluas tiga ekar di Ulu Yam, Selangor.

Berbekal bantuan modal dari Jabatan Pertanian berjumlah RM50,000 untuk dijadikan modal pusingan

Minat mendalam terhadap bidang pertanian moden membuka ruang kepada pengusaha ini  untuk mencabar kebolehan yang dimiliki tatkala tidak ramai yang sanggup mengambil risiko mengusahakan projek tersebut.

Ramai petani kini tidak yakin dengan cara penanaman secara fertigasi kerana ia memerlukan pengetahuan teknologi yang tinggi.

Ramai petani tidak berani menanggung risiko kerugian atau kegagalan.

Ramai petani sudah momok oleh kegagalan petani lain.

Mempelajari teknologi baru dan memahami cara penggunaan mesin yang digunakan khusus untuk mengusahakan tanaman ini tidak susah kerana ia amat ringkas dan mudah serta praktikal bagi mereka yang tidak tahu menggunakan mesin berteknologi tinggi .

Penggunaan mesin berteknologi tinggi, petani juga perlu mahir dalam proses menyelenggara seperti mencantas, membersih kawasan tanaman, membaja serta meracun sekitar tanaman.

Kos  penyelenggaraan tersebut tidak terlalu tinggi kerana ia hanya memerlukan modal sekitar RM1,000 sahaja bagi satu pusingan tanaman.

Kelebihan yang terdapat pada rock melon yang ditanam secara fertigasi ini adalah ia ditanam di bawah rumah lindungan hujan dan ini menjadikan tanaman tersebut tidak begitu terdedah kepada serangan serangga serta cuaca lembap ketika hujan.

Tidak menolak kemungkinan menanam secara fertigasi memberi masalah kepada petani yang mengusahakannya secara separuh masa tanpa pekerja, katanya ia berlaku kerana kerja-kerja penyelenggaraan pokok perlu dibuat dengan kadar yang pantas. 

Kebarangkalian untuk buah rock melon tidak menjadi ketika proses kacuk tetap ada kerana itu adalah kebiasaan dalam bidang pertanian khususnya melibatkan buah.

Penanaman buah rock melon memerlukan pemerhatian yang spesifik dan sangat kos efektif kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya

Tambahnya tanaman rock melon juga tidak sensitif seperti tanaman lain dan prosesnya mudah iaitu bermula dengan memasukkan benih ke dalam polibeg seterusnya diatur di setiap batas.

Tanaman secara fertigasi ini mempunyai masa depan yang cerah, dan  mampu menarik minat generasi muda untuk menceburinya.

Pada masa dahulu generasi muda berpendapat bidang pertanian merupakan satu cabang yang sulit untuk diceburi kerana memerlukan perkakas pertanian tradisional seperti cangkul ataupun perkakas pertanian lain.

Namun kini mereka tidak perlu bersusah payah kerana segala proses fertigasi menggunakan peralatan yang moden dan dikawal selia oleh komputer.

Sekian , terima kasih

Lagi Menarik
Tanam Rock Melon




 

© Utusan Melayu (M) Bhd

Diari Tani- Panduan Tanaman Buah Kelapa Di Tepi Rumah


KU terfikir:


Tidak Perlu Import Kelapa

Malaysia tidak perlu  mengimport kelapa dari Indonesia jika pengeluaran negara dapat memenuhi permintaan tiga juta biji kelapa pada setiap musim perayaan.

Negara terpaksa mengimport kelapa dari negara berkenaan berikutan bekalan sering tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna di negara ini setiap musim perayaan.

Negara terpaksa membeli kelapa import dengan harga 80 sen sebiji untuk tiga juta biji dengan nilai RM24 juta setahun.

Ia adalah satu jumlah yang besar yang perlu dibayar dan merugikan kepada negara.

Baru-baru ini  pekebun kelapa matag yang mengalami kerugian berikutan kegagalan projek tanaman yang dimulakan pada tahun 2000.

Pekebun perlu  meneruskan tanaman kelapa matag yang boleh menghasilkan 25 biji pada setiap pokok.

Kerajaan melaksanakan Pelan Pemulihan Tanam Semula Kelapa Matag 2000-2008 membabitkan 207 hektar kawasan di Bagan Datoh.

Bantuan akan menyediakan dalam bentuk pengurusan tanah, mesin, baja dan racun serta khidmat bimbingan kepada pekebun kelapa dari semasa ke semasa.

Sementara menunggu kelapa matag mengeluarkan hasil, pekebun diminta menanam tanaman selingan seperti koko, kopi, nanas, jagung dan pisang.

Artikel Menarik

Sekian terima kasih

Diari Tani- Ternakan Kekapis


Ku ingin rasa:

Teroka Perniagaan Kekapis Di Sabah

Kekapis ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan. 

Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah.  

Racun, bakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut.

Didapati sabah amat sesuai  untuk pembangunan kawasan bagi cadangan projek perintis penternakan kekapis.

Mencontohi  amalan skala dan cara penternakan kekapis di Shandong, China yang memastikan hasil yang baik. 

Ia mempunyai pasaran yang meluas dan permintaan yang tinggi di rantau China- Jepun - Korea

Telah dijalankan beberapa percubaan penternakan kekapis di perairan Malaysia, berdasarkan amalan penternakan kekapis di China. 

Kini banyak bekalan kekapis dunia didapatkan daripada perairan terbuka.

Amalan penternakan yang terkawal amat diperlukan kerana bekalan yang stabil akan menjanjikan perniagaan yang kukuh.

Sabah, mempunyai lebih 600 spesies karang atau 76 peratus daripada jenis karang yang diketahui dan lebih 3,000 spesies ikan karang.

Amat sesuai untuk ternakan kekapis 

Artikel menarik :

Sekian, terima kasih

Diari Tani - Panduan Tanaman Padi Huma

Ku ingin tahu:


  
Padi Huma
Tanaman Padi Huma Di Sik

Kelazatan dan keenakan nasi beras padi huma atau padi bukit sukar dijelaskan kecuali mereka yang pernah menikmatinya.

Kerana keistimewaan itu, sepasang suami isteri di Kampung Carok Tok Pong dekat sini nekad mengusahakan tananam padi tersebut di kawasan tanah berbukit yang ditanam dengan anak getah.

Yusuf Kassim, 63, dan isterinya, Hamidah Ahmad, 53, mengusahakan tanah seluas 0.57 hektar dengan tanaman padi huma jenis Sungkai Hitam dan Putih Lanai sejak setahun lepas.

Penanaman padi huma atau padi bukit mengambil masa enam bulan untuk mendapatkan hasil.

Meskipun padi huma jarang diusahakan pada masa ini, namun bagi pasangan Yusuf dan Hamidah, mereka sanggup berdepan berbagai ancaman musuh tananam seperti burung tiak dan babi hutan.

Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air  yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

Kekurangan tanah sawah untuk penanaman padi pada masa mendatang ini, tindakan ini menanam padi huma adalah langkah alternatif untuk menambah stok makanan kepada negara.

Mungkin rasa  dan khasiat berlainan daripada padi biasa, harga nya padi huma boleh menjanjikan pulangan yang lebih baik. Sebagai contoh beras Bario, sarawak

Teknik penanaman padi huma memang berbeza dengan padi sawah kerana penanaman nya tidak berada air yang bertakung. Padi huma memerlukan pengairan secara sprinkler seperti tanaman sayur dan jagung.

Artikel menarik


Sekian dulu,  terima kasih



 

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul