KU terfikir:
Tidak Perlu Import Kelapa
Malaysia tidak perlu mengimport kelapa dari Indonesia jika pengeluaran negara dapat memenuhi permintaan tiga juta biji kelapa pada setiap musim perayaan.
Negara terpaksa mengimport kelapa dari negara berkenaan berikutan bekalan sering tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna di negara ini setiap musim perayaan.
Negara terpaksa membeli kelapa import dengan harga 80 sen sebiji untuk tiga juta biji dengan nilai RM24 juta setahun.
Ia adalah satu jumlah yang besar yang perlu dibayar dan merugikan kepada negara.
Baru-baru ini pekebun kelapa matag yang mengalami kerugian berikutan kegagalan projek tanaman yang dimulakan pada tahun 2000.
Pekebun perlu meneruskan tanaman kelapa matag yang boleh menghasilkan 25 biji pada setiap pokok.
Kerajaan melaksanakan Pelan Pemulihan Tanam Semula Kelapa Matag 2000-2008 membabitkan 207 hektar kawasan di Bagan Datoh.
Bantuan akan menyediakan dalam bentuk pengurusan tanah, mesin, baja dan racun serta khidmat bimbingan kepada pekebun kelapa dari semasa ke semasa.
Sementara menunggu kelapa matag mengeluarkan hasil, pekebun diminta menanam tanaman selingan seperti koko, kopi, nanas, jagung dan pisang.
Artikel Menarik
Sekian terima kasih