KU ingin belajar:
Rock Melon
Penanaman rock melon secara fertigasi menggunakan struktur pelindung hujan (SPH) amat diperlukan kerana mengurangkan pengaruh cuaca terhadap tanaman.
Ini terbukti seorang pengusaha tanaman rock melon, menceburi bidang tanaman secara fertigasi membantunya menambah pendapatan dengan lebih cepat.
Penanaman moden ini boleh satu perniagaan tetap dan stabil , memberikan sepenuh masa dan tumpuan penuh terhadap tanaman rock melon.
Bermula diri tidak memiliki sebarang pengetahuan asas dalam bidang pertanian secara fertigasi pada peringkat awal , namun atas minat dan kesungguhannya, kini dia merupakan antara pengusaha rock melon yang berjaya.
Berkongsi pengalaman kali pertama mengusahakan tanaman tersebut, segala usahanya bermula pada tahun 2007 dengan rock melon ditanam atas tanah seluas tiga ekar di Ulu Yam, Selangor.
Berbekal bantuan modal dari Jabatan Pertanian berjumlah RM50,000 untuk dijadikan modal pusingan.
Minat mendalam terhadap bidang pertanian moden membuka ruang kepada pengusaha ini untuk mencabar kebolehan yang dimiliki tatkala tidak ramai yang sanggup mengambil risiko mengusahakan projek tersebut.
Ramai petani kini tidak yakin dengan cara penanaman secara fertigasi kerana ia memerlukan pengetahuan teknologi yang tinggi.
Ramai petani tidak berani menanggung risiko kerugian atau kegagalan.
Ramai petani sudah momok oleh kegagalan petani lain.
Mempelajari teknologi baru dan memahami cara penggunaan mesin yang digunakan khusus untuk mengusahakan tanaman ini tidak susah kerana ia amat ringkas dan mudah serta praktikal bagi mereka yang tidak tahu menggunakan mesin berteknologi tinggi .
Penggunaan mesin berteknologi tinggi, petani juga perlu mahir dalam proses menyelenggara seperti mencantas, membersih kawasan tanaman, membaja serta meracun sekitar tanaman.
Kos penyelenggaraan tersebut tidak terlalu tinggi kerana ia hanya memerlukan modal sekitar RM1,000 sahaja bagi satu pusingan tanaman.
Kelebihan yang terdapat pada rock melon yang ditanam secara fertigasi ini adalah ia ditanam di bawah rumah lindungan hujan dan ini menjadikan tanaman tersebut tidak begitu terdedah kepada serangan serangga serta cuaca lembap ketika hujan.
Tidak menolak kemungkinan menanam secara fertigasi memberi masalah kepada petani yang mengusahakannya secara separuh masa tanpa pekerja, katanya ia berlaku kerana kerja-kerja penyelenggaraan pokok perlu dibuat dengan kadar yang pantas.
Kebarangkalian untuk buah rock melon tidak menjadi ketika proses kacuk tetap ada kerana itu adalah kebiasaan dalam bidang pertanian khususnya melibatkan buah.
Penanaman buah rock melon memerlukan pemerhatian yang spesifik dan sangat kos efektif kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya
Tambahnya tanaman rock melon juga tidak sensitif seperti tanaman lain dan prosesnya mudah iaitu bermula dengan memasukkan benih ke dalam polibeg seterusnya diatur di setiap batas.
Tanaman secara fertigasi ini mempunyai masa depan yang cerah, dan mampu menarik minat generasi muda untuk menceburinya.
Pada masa dahulu generasi muda berpendapat bidang pertanian merupakan satu cabang yang sulit untuk diceburi kerana memerlukan perkakas pertanian tradisional seperti cangkul ataupun perkakas pertanian lain.
Namun kini mereka tidak perlu bersusah payah kerana segala proses fertigasi menggunakan peralatan yang moden dan dikawal selia oleh komputer.
Sekian , terima kasih
Lagi Menarik
Tanam Rock Melon
Tanam Rock Melon