Diari Tani- Panduan Tanam Timun Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:

Timun batang adalah sayur buah yang popular di Malaysia.  Buah timun biasa  dimakan mentah sebagai ulam.  

Timun dihidangkan bersama nasi lemak ketika sarapan. Timun digunakan ramuan sayur dalam burger.  

Timun juga popular dijeruk atau dijadikan acar.  Timun merupakan ramuan utama untuk menyediakan nasi kerabu.

Permintaan terhadap timun kian bertambah ketika musim cuti sekolah kerana timun selalu digunakan dalam masakan kenduri (acar timun).

Timun sesuai ditanam di atas tanah, terlebih dahulu digeburkan tanah.  Timun  boleh juga ditanam dalam pasu yang besar menggunakan tanah yang dicampur sabut yang kaya dengan baja organik.

Timun amat sesuai ditanam mengggunakan sistem fertigasi dan boleh menjanakan pendapatan segera.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. 

Bagi penyakit sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.


Panduan menanam timun:

Menyemai benih
Benih hendaklah disemai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm. 
Benih disemai 2 biji dalam satu lubang.  
Selepas dua minggu, hendaklah membuang anak pokok yang lebih kecil kerana mengurangkan saingan dan mengelakkan mengeluarkan hasil yang rendah..


Kaedah Menyiram Air
Pokok memerlukan banyak air terutamanya ketika berbunga.
Jangan menyiram pokok sehingga air bertakung kerana dibinbangi diserang penyakit kulat akar. 
Lembapan tanah dapat dikekalkan dengan cara dengan menutup tanah dengan lalang atau jerami padi.

Merumput
Merumput secara manual.  Jangan gunakan racun rumpai.  Pokok timun akan terbantut jika terkena racun rumpai.

Mencantas
Buang pucuk yang tumbuh di bahagian bawah pokok.  Ini akan mengalakkan pokok menjadi terlalu rimbun dan menambah lembapan dalam udara.  Udara yang lembap menjadi punca pokok dijangkiti kulat.

Mencacak kayu
Pokok mentimun adalah pokok memanjat. Kayu atau ranting digunakan dan dipancangkan untuk pokok timun memanjat dan mendapatkan cahaya matahari.

Membaja tanah
Baja kompos yang kaya dengan organik digalakkan .  Baja gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menanam.

Memetik buah
Buah  timun dapat dituai/ dipetik  selepas 5 minggu menyemai.


Haiwan Perosak

Haiwan perosak utama pokok timun ialah serangga pemakan daun, Aulacophora (Chrysomelid).  Serangga ini aktif di waktu pagi. 

Lalat buah juga musuh utama apabila pokok mula berbuah. 

Biarkan burung bermain di taman sekitar rumah kerana burung memakan serangga yang memakan daun.  

Masalah lalat buah boleh diatasi dengan memasang perangkap lalat buah menggunakan cecair metil eugenol. 

Sekian dulu, terima kasih


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul