Ku juga berminat:
Cendawan tiram kelabu
Dahulu penduduk kampung hanya biasa makan cendawan atau kulat yang tumbuh liar di persekitaran kampung, di kebun atau di hutan.
Mungkin cendawan atau kulat yang biasa didengar , kulat sisir , telinga beruk , kulat tahun, paha ayam dan kulat tali.
Untuk perubatan, kulat susu harimau dicari sentiasa.
Perkembangan pertanian sekarang, muncul varieti cendawan yang boleh diusahakan secara besar-besaran.
Seperti perusahaan tanaman tiram kelabu.
Tiram ini selalu dijadikan ramuan sup dan tiram goreng.
Kadang-kadang tiram dicampurkan dalam masakan sayur campur dan nasi goreng.
Perusahaan tanaman turam kelabu membuka pasaran yang baik dan boleh berikan keuntungan.
Disini dikongsikan tip penanaman cendawan tiram kelabu.
Penyediaan bahan
- Bahan yang digunakan untuk menyediakan media cendawan ini ialah habuk kayu getah, dedak padi, kapur pertanian dengan nisbah (100:10:1) dan kelembapan air 75 peratus.
- Sebagai contoh, untuk menyediakan 200 beg media, campuran yang diperluaskan adalah 100 kilogram (kg) habuk kayu getah, 10 kilogram (kg) dedak padi dan 1 kg kapur pertanian dan dicampurkan dengan air agar kelembapan campuran tersebut adalah 75 peratus.
Pembungkusan dan pengukusan
- Campuran media yang telah disediakan akan dimasukan ke dalam beg plastik polypropylene (PP) yang berukuran 30 sentimeter (sm) x 10sm x 10 sm dan dipadatkan.
- Penapis udara dipasang dengan menggunakan gelang leher dan penutup (cap) beserta dengan span.
- Beg PP ini perlu dikukus selama antara empat dan enam jam pada suhu 1,000 darjah C dan kemudian disejukkan pada suhu bilik selama 28 jam (dua hari).
Penyuntikan benih dan pemeraman
- Sebelum kerja penyuntikan dijalankan, langkah kebersihan perlu dijalankan iaitu kebersihan diri, bilik suntikan dan pastikan tiada kotoran atau habuk serta membuat semburan larutan basmi kuman seperti Dettol, Lysol dan Jeypine.
Untuk memahami lebih lanjut boleh clicks di bawah:
sekian dulu, terima kasih