Diari Tani-Panduan Tanaman Bayam Di Tepi Rumah

KU cadangkan:

TANAMAN BAYAM

PENGENALAN
Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi 
vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan 
besi.

JENIS
Terdapat 2 jenis bayam iaitu:
  1.   Bayam berwarna hijau. Jenis ini berdaun lebar   dan kadangkala berdaun bujur.
  2.   Bayam berwarna hijau keunguan dan   kemerahan.
  
TANAH
Bayam sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat
berpasir.
Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman
tanah di antara 5.5 – 6.5 adalah paling sesuai.


PENANAMAN
A. Menyediakan Batas 
Bajak dan gemburkan tanah sebelum menyediakan batas. 
Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi dan 760 cm panjang. 
Jarak antara batas ialah 46 cm. 
Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan batas
 B. Menanam 
Bayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih. Oleh kerana biji benih bayam berkeadaan
halus, gaulkan bijibenih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian taburkan sama 
rata ke dalam alur-alur di atas batas.  
Selepas 2-3 hari anak benih akan bercambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 8-10cm
 antara pokok dan 2-3 cm antara barisan. Sebanyak 6-7 kg biji benih diperlukan untuk 1 hektar.  
Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum di ubah ke batas. Sebelum menyemai,
 gaulkan biji benih dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 gm Thiram dengan 1000 gm biji
benih untuk mencegah penyakit melecuh. Lebih kurang 12 hari selepas menyemai, siram anak benih
dengan baja larutan urea sebanyak 4 gm dalam seliter air.  
Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas selepas menyemai. Ubah dan tanam anak-anak benih ke
atas batas yang telah disediakan selepas 3-4 minggu disemai.
  
PENJAGAAN  
 i. Membaja 
Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas. Baja ini digaul ke dalam batas.
 Lebih kurang 5 tan metrik baja ini diperlukan untuk sehektar. 
Sebagai panduan, kadar pembajaan yang disyorkan 100 kg N, 23 kg P2O5, 144 kg K2O sehektar. 
Pada hari ke-4 dan hari ke 10-14. Baja-baja ini digaul dan ditabur di antara lorong-lorong pokok. 

ii. Menyiram 
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pembesarannya. Dalam musim panas siram 2 kali sehari.

PENJAGAAN
  iii. Sungkupan 
Sungkupan diletakkan di atas batas selepas manabur benih atau mengubah. Gunakan pelepah
kelapa atau rumputrumput kering sebagai bahan sungkupan. 
Sungkupan boleh mengawal kehilangan air, pertumbuhan rumput rampai serta memperbaiki struktur
serta kesuburan tanah. 

 iv. Merumput 
Kawalan rumput rampai dilakukan sepanjang masa. Merumput boleh dilakukan dengan tangan.
   
MEMUNGUT HASIL 
Bayam boleh dipungut 3-4 minggu selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25 cm tinggi.
Kutipan dibuat 3-7 hari sekali. 
Pokok dicabut atau dipotong batangnya. 
Tanam di tanah yang mempunyai saliran yang elok. Amalkan giliran. Elakkan menyiram berlebihan. 
Gaulkan 3 gm Thiram (80WP) dengan 100 gm biji benih sebelum menyemai.

Sekian dulu , terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul