Diari Tani- Panduan Tanaman Kangkung Di Tepi Rumah

KU sukakannnya:



PENANAMAN KANGKUNG

PENYEDIAAN TANAH
Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm.
Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.
Alur dibuat merintangi batas dengan jarak 20cm dan sedalam 3cm untuk menabur benih.

MENANAM
Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 46 g biji benih sebatas (30 kg biji    benih sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur.      
Selepas 10 – 14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang di syorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.

PEMBAJAAN
Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok

Pembajaan yang disyorkan: 



PENGAIRAN.
Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.   
Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis
adalah disyorkan

KAWALAN RUMPAI 
Kawalan rumpai dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok. Racun
glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Kangkung jarang diserang oleh serangga. 
Penyakit utama yang menyerang adalah:-
Karat Putih (Albugo pomoeae aquaticae)
Amalkan tanaman giliran.
Sembur racun mancozeb.


PEMUNGUTAN HASIL  
Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas ditanam. 
Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air. 
Pengeluaran hasil adalah di antara 10-15 tan/ha. 
Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/ha. 

KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA 
Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 %
 bahan aktif. 
Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.


Sekian dulu , terima kasih.











PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul