Diari Tani- Panduan Tanaman Sawi Di Tepi Rumah

KU cadangkan :


PENANAMAN SAYUR-SAYURAN DAUN

TANAMAN SAWI
PENYEDIAAN TANAH
Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20cm. 
Kemudian batas yang berukuran 1.2m lebar, 7.5m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.  

PENANAMAN
Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5kg biji benih digunakan untuk 
sehektar.
Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus 
atau tanah peroi dan di tabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas.
Selepas 10-14 hari, penjarangan di buat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20cm antara baris 
(alur) dan 10cm antara pokok. 

PEMBAJAAN  
Bagi tanah mineral, baja organik digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. 


 PEMUNGUTAN HASIL 
Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. 
Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah. 
Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga. 
Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16 tan/ha. dan hasil purata ialah 14 tan/ha. 

PENGAIRAN  
Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam 
musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.  

KAWALAN RUMPAI  
Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok. Racun 
glifosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit

     
 Sekian dulu, terima kasih


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul